Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun...

Video Lucah: Azmin Belum...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan...

Pemuda UMNO Bidas Pengurusan...

KUALA LUMPUR - "Sejak sistem pengebilan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baru diperkenalkan,...

Mohd. Khairuddin Digugurkan Daripada...

MARANG : Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK)...

Covid-19: Beritahu Rakyat Bagaimana RM100 Juta Dibelanjakan

BERIKUTAN pengumuman kerajaan bahawa RM100 juta akan diperuntukkan kepada pihak hospital swasta untuk merawat penyakit COVID-19, saya menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya jangan mengadakan rundingan tersebut secara sulit dan tertutup, sebaliknya perlu memaklumkan perkembangan terkini kepada rakyat dalam masa terdekat.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan perlu menggemblingkan sumber daripada pihak swasta untuk menangani isu wabak COVID-19 yang kian meruncingkan. Akan tetapi, sekiranya proses rundingan tidak dibuat secara telus, terbuka dan dengan rancangan yang tersusun, masalah kekurangan katil dan peralatan bukan sahaja tidak dapat diatasi, malah dana tersebut mungkin akan diperah oleh pihak tertentu dalam masa terdekat.

Sebagai contoh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham mengumumkan bahawa sebanyak 1,286 katil telah dikenalpasti oleh hospital-hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19. Andaikan RM100 juta hanya diperuntukkan untuk penambahan muatan, kos untuk persiapkan setiap katil adalah setinggi RM77,000. Sebenarnya kos ini tidak mengejutkan jika pengiraan dibuat mengikut harga pasaran hospital swasta. Selain itu, walaupun pesakit diizinkan untuk menggunakan kad perubatan sendiri, akhirnya bayaran premium insuran dan pengurangan had rawatan tetap ditanggung oleh rakyat sendiri.

Sebenarnya, isu yang lebih asas adalah risiko diskriminasi rawatan apabila sistem kesihatan awam dan swasta digabungkan. Siapa yang memutuskan bagaimana si pesakit itu diwadkan? Adakah hospital swasta boleh mengutamakan pesakit yang kaya, ataupun mereka yang memiliki kad perubatan? Kita sedia maklum bahawa tiada sesiapa pun yang ingin dijangkiti COVID-19. Percantuman dwi-sistem kesihatan ini berkemungkinan besar akan meningkatkan risiko diskriminasi rawatan, dan kemudian membawa kepada ketidakadilan sosial.

Daripada menghabiskan masa dalam pusingan rundingan atas pihak mana yang patut membayar, Kerajaan PN sewajarnya memberi fokus kepada penambahan kapasiti kemudahan kuarantin berpusat seperti Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) untuk pesakit yang tidak serius ataupun tidak bersindrom. Saya berpendapat pendekatan ini adalah jauh lebih berkesan.


Tambahan, pihak berkenaan harus menumpukan usaha dalam pencegahan, misalannya meningkatkan keupayaan pengesanan kontak, kuarantin, pengasingan, dan ujian saringan. Jelas keupayaan kita dilihat ketinggalan dan merosot kelmarin. Peruntukan RM100 juta kepada hospital swasta dilihat megah jika dinilai secara kasar, tetapi kesan negatif sampingan mungkin melebihi apa yang harap dicapai.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu

Kategori