COVID-19: Arab Saudi Gantung Umrah Rakyat, Penduduk

RIYADH – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Rabu mengumumkan menggantung sementara Umrah untuk rakyat dan penduduk tetap di negara itu sebagai langkah pencegahan terhadap wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan memetik kenyataan kementerian, penggantungan itu akan ditarik balik selepas negara benar-benar bebas daripada risiko penularan wabak.  

Arab Saudi  pada minggu ini mencatatkan kes pertama COVID-19 membabitkan warganya yang baru pulang dari Iran melalui Bahrain.

Menurut kementerian, pesakit itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Loading...