Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Omar Siddiq Dilantik Ketuai...

KUALA LUMPUR : HSBC Bank Malaysia mengumumkan pelantikan Omar Siddiq sebagai Ketua Pegawai...

Kapal KM Kuraman Jadi...

KOTA KINABALU - Kapal peronda KM Kuraman milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)...

Nenek, Dua Cucu Maut...

JELI - Seorang nenek dan dua cucu perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah...

Kemenangan JDT Rangkul Piala...

JOHOR BAHARU - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap kejayaan...

Coronavirus: WHO Isytihar Darurat Kesihatan Awam Global

BEIJING/GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan coronavirus yang telah mengakibatkan kematian 170 orang di China sebagai darurat kesihatan awam global apabila ia telah merebak ke 18 negara.

Sebahagian besar daripada lebih 7,800 kes dikesan di peringkat global, menurut data terbaru WHO, di mana virus itu mula dikesan di sebuah pasar hidupan liar haram di bandaraya Wuhan.

Namun, 100 kes telah muncul di negara lain, menyebabkan sekatan perjalanan, penularan sentimen anti-China di beberapa tempat dan peningkatan permintaan terhadap topeng muka.

Di wilayah Hubei iaitu ibunegeri Wuhan, kira-kira 60 juta orang tinggal dalam kuarantin apabila China berusaha membendung penularan coronavirus.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu sidang akhbar di Geneva memuji tindak balas China, tetapi berkata, WHO bimbang virus merebak ke negara yang tidak mempunyai sumber untuk menanganinya.


“Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” katanya. – Agensi

Kategori