‘Cop Parking’ Boleh Dihukum Penjara

KUALA LUMPUR – Perbuatan menanda tempat letak kenderaan awam atau lebih dikenali sebagai ‘cop parking’ menggunakan kerusi, kon, pasu bunga, berdiri atas petak dan sebagainya di atas petak meletakkan kenderaan boleh didenda atau penjara jika disabit kesalahan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan, undang-undang berkenaan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat beli-belah.

“Hukuman bagi pesalah ‘cop parking’ ditetapkan mengikut Seksyen 119 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara maksimum 12 bulan bagi kesalahan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut JPJ, jika berlaku kejadian ini, orang ramai boleh membuat aduan dengan menghantar mesej dengan butiran melalui emel ke [email protected] atau http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ.

“Sertakan butir pengadu seperti nombor kad pengenalan, lokasi, tarikh dan masa, nombor pendaftaran kenderaan dan butiran kejadian,” katanya.

Loading...