Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gabenor Jakarta Dakwa Perairan...

Ahok gemar menghabiskan masa percutian di Pulau Belitung Timur dengan mandi di laut...

Jabatan Peguam Negara Bantah...

Kuala Lumpur : Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan seorang wanita dari Sarawak...

Silk Mahu Kukuhkan Perniagaan...

KUALA LUMPUR - SUTERA Holdings Bhd akan memperuntukkan RM200 juta daripada cadangan pelupusan...

World #QuranHour Sasar Penyertaan...

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menyasarkan sekurang-kurangnya lima juta rakyat...

Contohi Najib, Jangan Goyang Walau Turun Naik Mahkamah

JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar mencontohi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak goyang walaupun berulang kali turun naik mahkamah.

Menurut beliau, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu perlu kuat untuk membuktikan perjuangan yang berprinsip.

“Jika benar, pertuduhan terhadap kamu hari ini adalah ‘political motivated’, kamu akan jadi pemimpin besar jika tidak jual diri.

“Sekarang kamu rasa musibah ‘political persecution’. Dulu kamu hina Najib berbagai. Kamu contohi Najib Razak. Be strong. Jangan goyang dan jangan masuk kluster katak, walau terpaksa turun naik mahkamah.

“Saya UMNO, kamu Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia). Kamu Ketua Muda. Kamu kini berpeluang membuktikan kemudaan perjuangan kamu yang teruji tetapi berprinsip.

“Jangan jadi macam Xavier (Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Khamis.


Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis berkaitan penyelewengan dana lebih RM1 juta.

Mengikut sumber, bekas menteri itu berdepan dua pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah.

Kata sumber, jumlah keseluruhan penyelewengan dikatakan berjumlah RM1.12 juta milik sebuah parti politik, ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua pemuda. – Sinar Harian

Kategori