Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peneroka Felda Perlu Beri...

KUALA NERUS - Warga peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara...

Skuad Boling Negara Bersemangat...

PALEMBANG – Skuad boling lelaki negara yakin dapat menduduki podium dalam acara berpasukan...

Penyokong, Penentang Erdogan Bertempur

BRUSSELS - Beberapa orang cedera dalam insiden pertempuran antara penyokong dan penentang Presiden...

Jabatan Kesihatan P. Pinang...

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di...

Cliff Umar Dinobat Juara GV7

PUTRAJAYA – Gegar Vaganza musim ke-7 (GV) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Cliff Umar dinobatkan sebagai juara.

Cliff berjaya menafikan kedudukan saingan sengitnya iaitu Muss, Ayu Damit, Oja dan Ashira, antara tujuh finalis yang berjaya mara ke pusingan akhir.

Kemenangan itu membolehkan vokalis kumpulan Projek Pistol itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Cliff tampil dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan menyampaikan lagu Nakal untuk segmen solo dan berduet bersama Juara GV5 menerusi lagu Do Anything For Love.

Manakala dalam segmen battle, Cliff menyampaikan lagu Inilah Nasibku nyanyian asal Nico bersama dua perserta lain iaitu Muss dan Oja.

Naib Juara pula dimenangi oleh Muss dan tempat ketiga dimenangi oleh Ayu Damit.


Persembahan peserta pada malam final diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Manakala Datuk Syafinaz Selamat kembali menduduki kerusi juri pada pentas akhir bersama Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

GV7 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, berlangsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad. – Astro AWANI

Kategori