Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemenang Paralimpik 2016 Berangkat...

SEPANG - Empat pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil...

Pota Bukan Ciplak ISA...

PUTRAJAYA - Akta Pencegahan Keganasan (Pota) yang dicadangkan sebagai akta baharu bukan menciplak...

Mahkamah Lebih Utama Mahkamah...

MASYARAKAT perlu buka mata bahawa keputusan mahkamah sebenar adalah lebih utama daripada ‘mahkamah...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Mangsa banjir di beberapa daerah di Perak meningkat kepada 392 orang...

Ciplak Design Baju, Nabila Dah Lali Dengan Kecaman!

TELINGA penyanyi Nabila Razali bagaikan sudah lali dengan segala kecaman dan kritikan netizen sejak dia mula menjejakkan kaki ke pentas nyanyian sekitar beberapa tahun lalu.

Hatinya juga sudah tidak lagi mudah terguris seperti dahulu kerana dia kini bagaikan sudah terbiasa dengan segala kecaman terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh penyanyi berusia 26 tahun itu.

Walaupun Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018)  sudah berakhir pada bulan lalu, kini naik pula isu kononnya rekaan busana yang disarung oleh penyanyi muda itu telah diciplak daripada jenama antarabangsa, Balmain.

“Saya tampil menggayakan busana itu selepas kata sepakat dicapai bersama pereka fesyen terbabit. Namun, tak sangka juga ia menimbulkan isu.

“Apapun, jangan asyik nak kecam saya saja. Saya sebenarnya tidak pernah terfikir untuk mendapat publisiti seperti ini,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Bagaimanapun, Nabila tetap positif dalam setiap apa jua kritikan yang diterima kerana dia menganggap segala kecaman itu bagaikan satu penghargaan daripada peminat yang sangat mengambil berat terhadap dirinya.

Malah, dia menegaskan langsung tidak berasa terkilan dengan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya kerana itu semua seperti perkara biasa baginya dan dia turut menerima dengan hati yang terbuka.

Dalam masa yang sama, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-10 itu turut menganggap bahawa pereka fesyen tersebut pasti mempunyai alasannya yang tersendiri ketika menghasilkan busana itu.


Walaupun isu itu sudah tular di media sosial sekitar minggu lalu, penyanyi lagu Cemburu itu turut lebih selesa untuk berdiam diri dan memandang ia dari sudut yang positif sahaja.

“Biarlah apa yang orang nak kata. Saya lebih selesa positif. Apa yang paling utama, fokus pada karier seni saya sekarang.

“Terima kasih juga kepada semua yang menyokong saya. Setakat ini, ia dilihat baik-baik saja terutama sambutan pada single saya,” ujarnya lagi.

Kerjaya seninya telah mendapat perhatian ramai apabila sekitar November lalu, dia telah membuat kejutan tentang gimik pelancaran muzik videonya lagu baharunya berjudul Pematah Hati.

Disebabkan gimik berkenaan, dia telah dikecam oleh ramai netizen dan turut dituduh sebagai penipu kerana telah membuat spekulasi kononnya sedang patah hati dengan pelakon Aedy Ashraf.

Kini, muzk video rasmi lagu berkenaan telah mencecah hampir 22 juta tontonan di YouTube. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori