Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Acryl Sani Sebagai...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis...

FAM Sambut Baik Keputusan...

YANGON - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Kabinet membenarkan skuad...

Venue MICE Tersebar Di...

PUTRAJAYA – Malaysia akan mempunyai venue mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) terbesar...

50 Juta Akaun Pengguna...

FACEBOOK boleh dikenakan denda lebih £1.2 bilion (RM6.48 bilion) berikutan pelanggaran data yang...

China Uji Ibu Segala Bom Buatan Sendiri

BERJAYA… China sudah menjalankan ujian ke atas salah sebuah senjata bukan nuklear paling hebat yang dimilikinya dan digelar sebagai “Ibu Segala Bom” oleh media rasmi tempatan.

Ia sebenarnya sindiran dengan merujuk panggilan untuk sebuah senjata Amerika Syarikat (AS) yang pernah digunakan di Afghanistan beberapa tahun lalu dan diberikan istilah sama oleh kuasa besar dunia ketika itu.

Rakaman video yang diterbitkan dalam laman syarikat pengeluar senjata milik negara, Norinco, menunjukkan bom berkenaan mencetuskan satu bebola api besar dan asap hitam sejurus apabila dilepaskan ke tanah mendatar.

Bagaimanapun ujian tersebut cetus kontroversi apabila agensi berita rasmi China iaitu Xinhua, menerusi rangkaian media sosialnya pada Rabu lalu menggelarkan kehebatan bom berkenaan sebagai “‘Ibu Segala Bom’ versi China”.

Bom yang menurut agensi tersebut namun hanya kedua paling kuat selepas senjata nuklear pernah dilepaskan oleh pesawat pengebom China terkini, H-6K dengan negara itu memiliki sekurang-kurangnya 15 buah jet berkenaan.

Setakat ini tiada sebarang perincian mengenai tarikh, lokasi dan jarak kesan letupan bom itu diberikan. Pada 2017, AS melepaskan bom konvensional paling hebat dimilikinya, dikenali sebagai “MOAB” atau Mother of All Bombs.


Ia dilakukan dalam satu percubaan untuk memusnahkan rangkaian terowong persembunyian rahsia yang disyaki pernah digunakan oleh pengganas kumpulan militan Daesh di sebahagian wilayah bahagian timur Afghanistan.

Bezanya, bom terbaharu milik China itu berukuran sepanjang lima hingga enam meter tetapi lebih ringan berbanding versi AS tersebut, menurut penganalisis tentera, Wei Dongxu dipetik akhbar Global Times. – AFP

Kategori