Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

RM1 Juta Disalur Untuk...

KUALA TERENGGANU - Peruntukan sebanyak RM1 juta telah disalurkan kepada 10 buah sekolah...

Beli Trak Untuk Bagi...

SEORANG lelaki dari Missouri, Amerika Syarikat, Jake Austin ternyata mempunyai hati yang mulia...

Piala FA: Tok Gajah...

KUALA LUMPUR - Pahang meraih bekalan selesa untuk melangkah ke separuh akhir Piala...

Dana Qu Puteh Cuma...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) meminta penyokong The Red Warriors (TRW)...

China Mulakan Projek Tanam Pokok Kapas Di Bulan

BEIJING – China memulakan projek penanaman pokok kapas sebagai tumbuhan pertama di Bulan menerusi misi angkasa lepas Change-4 baru-baru ini.

Benih pokok kapas yang merupakan projek bahan biologikal pertama di Bulan dilihat mula bercambah dalam satu gambar yang diedarkan pihak Pentadbiran Angkasa Lepas China (CNSA).

Misi tersebut membawa pelbagai jenis biji benih seperti kapas, ubi kentang, sawi, yis, Arabidopsis dan telur lalat buah serta ulat sutera sebagai sebahagian daripada eksperimen biosfera pertama seumpamanya di Bulan.

China mulakan projek tanam pokok kapas di Bulan

Biji benih itu diletakkan di dalam sebuah tin silinder aluminium setinggi 18 sentimeter rekaan khas kumpulan penyelidik untuk menahan suhu panas ekstrem hingga 127 darjah Celsius (c) dan sejuk sehingga -173c.

Menurut CNSA, lebih banyak pokok dijangka bercambah dan mekar dalam tempoh 100 hari lagi manakala ulat sutera pula akan bertukar menjadi rama-rama dalam tempoh tersebut. – Agensi

Kategori