Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Istana Negara Buat Laporan...

Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul...

RMK11: Malaysia Vision Valley...

KUALA LUMPUR - Malaysia Vision Valley yang akan diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11...

PM: G20 Tunjuk Kesungguhan...

ALTANYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat kesungguhan dalam...

166 Ditahan Terbabit Judi...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 166 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan...

Isu Laut: China Marah, Bertegas Dengan AS

BEIJING – China, hari ini berkata ia buat ‘kenyataan tegas’ dengan Amerika Syarikat selepas Tentera Laut AS belayar di Laut China Selatan yang menjadi rebutan, melepasi berhampiran pulau yang dituntut Beijing.

Ketegangan antara dua kuasa itu di perairan Asia yang menjadi rebutan berlaku ketika hubungan kedua-duanya tegang berhubung perdagangan membabitkan tarif bernilai berbilion dolar bagi barangan import setiap satunya.

Kapal USS Chancellorsville belayar berhampiran Kepulauan Paracel Isnin lalu untuk mencabar tuntutan maritim keterlaluan China, kata armada Pasifik AS dalam kenyataan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang, memberitahu taklimat akhbar kapal AS memasuki perairan China tanpa kebenaran dan Beijing ‘bersuara tegas’ mengenai perkara itu.

Tentera China berkata, ia menghantar kapal dan pesawat untuk memantau kapal AS dan memberi amaran supaya ia segera beredar.


Pelayaran Chancellorsville adalah yang terbaru dalam apa dikatakan AS sebagai operasi kebebasan pelayaran bertujuan mencabar apa dilihat sebagai aktiviti China mengehadkan kebebasan bergerak di perairan strategik itu.

Secara khusus, AS mengkritik tindakan China membina kepulauan di atas terumbu kecil dan beting dan memasang kemudahan tentera di situ, termasuk landasan dan pelabuhan.

Laut China Selatan turut dituntut Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam. — Reuters

Kategori