Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shamsul Iskandar Calon Ke-18...

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin melengkapkan...

Oktoberfest: Kena Pasti Umat...

SERDANG - Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dinasihatkan supaya memastikan penganjuran pesta arak...

Osman Sapian Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR – Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan Menteri Besar Johor semalam, kata...

Sultan Selangor Tak Berkenan...

SUBANG JAYA - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak...

China Catat Lebih 4,500 Kes Coronavirus, 106 Kematian

BEIJING – China mencatatkan 4,515 kes disahkan coronavirus dan jumlah kematian akibat penularan virus baharu itu meningkat kepada 106 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China.

Menurut agensi berita Sputnik, pihak berkuasa kesihatan itu pada Ahad berkata sehingga 26 Januari, terdapat 2,744 kes disahkan coronavirus, 80 kematian manakala 51 lagi orang dibenarkan keluar hospital.

Dalam tempoh 24 jam lalu, suruhanjaya itu merekodkan 1,771 kes baharu yang disahkan dengan 26 kematian – 24 di wilayah Hubei dan masing-masing satu di Beijing dan di wilayah Hainan. Sembilan orang dibenarkan keluar hospital.

“Pada tengah malam 27 Januari (16:00 GMT Isnin), suruhanjaya menerima maklumat kira-kira 4,515 kes penyakit radang paru-paru disebabkan oleh virus baharu itu, membabitkan 30 wilayah. Daripada jumlah itu 976 orang berada dalam keadaan kritikal, 106 maut dan 60 lagi dibenarkan keluar hospital,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

Kes jangkitan turut disahkan berlaku di wilayah pentadbiran khas China di Hong Kong, Macau dan Taiwan, masing-masing sebanyak lapan, tujuh dan lima kes.


Di samping itu sebanyak 6,973 kes disyaki dan 44,132 orang lagi berada di bawah pemantauan.

Virus baharu itu mula dikesan di bandar Wuhan, China pada akhir Disember. Pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan tahap risiko global daripada “sederhana” kepada “tinggi,” berikutan, jumlah kes yang disahkan akibat 2019-nCoV di seluruh dunia sejak Ahad lalu mencecah 2,014 orang termasuk 1,985 di China.

Kategori