Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

3 Jam Keluarkan Cakera...

GILA… Seorang lelaki di Jerman terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas alat sulitnya...

Ngeri… Warga Emas Nyaris...

MALANG memang tidak berbau...Itulah yang boleh digambarkan terhadap kejadian yang menimpa seorang lelaki...

Laksana OSH Elak Masalah...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sekali lagi...

Trump Enggan Bayar Gaji

WASHINGTON -Kira-kira 800,000 kakitangan awam Amerika Syarikat berkemungkinan tidak mendapat gaji menjelang Krismas...

China Atasi Eropah Dalam Industri Kereta Elektrik

WALAUPUN mempunyai nama-nama terkemuka dalam pembuatan kereta, Eropah semakin ketinggalan dengan China dalam menentukan masa depan industri kereta.

China sedang menguasai perniagaan kereta elektrik, yang dilihat pemimpin Eropah sebagai faktor penting melibatkan masa depan industri yang menyediakan jutaan pekerjaan seluruh Eropah.

Menurut seorang pakar, Simone Tagliapietra di Fondazione Eni Enrico Mattei, sebuah organisasi pengkaji, Eropah mungkin akan menyaksikan perpindahan besar-besaran industri keretanya ke China.

Ini akan mendatangkan risiko kepada rantau melahirkan syarikat seperti Volkswagen, BMW, Mercedes-Benz dan Renault.

Di China, kereta elektrik memenuhi keperluan syarikat kereta, kerana permintaan yang tinggi dan mengelakkan tarif tinggi mengimport kereta.

Satu lagi kelebihan ialah kilang pembuatan mereka tidak jauh dari bekalan bateri, yang merupakan 40 peratus nilai keseluruhan kereta elektrik.

Sekitar dua pertiga kapasiti pembuatan bateri lithium-ion di dunia – bateri paling banyak digunakan kereta elektrik – berada di China.

Eropah dianggarkan memiliki hanya 1 peratus pasaran bateri, jauh lebih kecil berbanding China.

China mempunyai kelebihan sebagai pasaran terbesar kenderaan elektrik, sebanyak separuh daripada jualan global, dan pembuat kereta antarabangsa sedang melabur besar-besaran di sana.


Volkswagen tahun lalu mengumumkan pelaburan AS$12 bilion, manakala Tesla sedang membina kilang di Shanghai yang dikatakan akan mengeluarkan 500,000 buah kereta elektrik setahun, berbanding 100,000 setahun yang dibuat di Amerika Syarikat.

Malah, syarikat bateri Eropah juga memilih untuk melabur di China.

Lithium Werks, sebuah syarikat Belanda, mengumumkan rancangan membina kilang bernilai AS$1.8 bilion dekat Shanghai dengan rakan tempatan.

Kilang besar ini akan mengeluarkan bateri lithium-ion untuk 160,000 buah kereta setahun.

Syarikat tersebut dikatakan membina kilang di China kerana infrastruktur yang lebih baik dan proses yang lebih mudah.

Pemain terbesar industri ini ialah syarikat China, CATL, diikuti oleh Panasonic dari Jepun, dan Samsung SDI dari Korea.

Panasonic juga bekerjasama dengan Tesla, yang mengeluarkan bateri sendiri secara besar-besaran di Nevada, Amerika Syarikat. – CNN

Kategori