Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Rotan: Ambil Kira...

KOTA BELUD - Kerajaan perlu menimbang pandangan pelbagai pihak sebelum menggubal rang undang-undang...

Jangan Putus Asa Walaupun...

KUALA LUMPUR - Walaupun kehilangan tangan kiri selepas mengalami kemalangan motosikal pada 2013,...

37 Kawasan Catat Udara...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan...

Dalang Sindiket Dadah Eropah...

PARIS - Seorang ahli perniagaan Lubnan dipenjara tujuh tahun selepas didapati bersalah mendalangi...

Chicago Gembira Jadi Nama Anak Ke-3 Kim Kardashian

WASHINGTON DC – Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West mendedahkan nama bayi perempuannya, Chicago, menerusi satu pengumuman, semalam.

Bayi tersebut yang dilahirkan, di Los Angeles pada Isnin lalu, melalui kaedah ibu tumpang daripada seorang wanita keturunan Afro-Amerika dan berusia awal 30-an; adalah anak ketiga pasangan popular Hollywood berkenaan.

Bagaimanapun, Kardashian tidak membuat sebarang penjelasan lanjut mengenai rahsia anak bongsunya itu diberi nama sedemikian. Secara kebetulan, West, 40, hidup membesar di Chicago meskipun asalnya dilahirkan di Atlanta.

Sebelum ini, Kardashian, 37, dan West sudah mempunyai dua anak iaitu North, 4, dan Saint, 2. Berita mengenai nama anak artis ini mencetuskan reaksi gembira ramai netizen tempatan dan pihak berkuasa di Chicago sendiri.

Ketua Biro Pelancongan Chicago, David Whitaker menyifatkan nama tersebut turut mempromosikan kota terbesar di negeri Illinois itu malah berbangga diberi penghormatan dan berharap, bayi berkenaan akan datang ke Chicago.

Menggunakan singkatan Chi (disebut seperti shy bermaksud malu dalam bahasa Inggeris), Kardashian pernah berkunjung ke bandar raya ketiga paling ramai penduduk di Amerika Syarikat itu untuk program televisyennya.


Bintang realiti dan media sosial Keeping Up with the Kardashians itu berkata beliau mengambil keputusan menggunakan kaedah ibu tumpang selepas doktor memberi amaran risiko kesihatan jika mengandung lagi.

Mereka membayar sebuah agensi sebanyak AS$45,000 (RM189,540) untuk mendapatkan khidmat ibu tumpang tersebut, namun wanita itu perlu mengikuti rejim pemakanan dan kesihatan ketat disediakan oleh Kim sendiri.

Ini bagi memastikan anak bakal dilahirkan itu sihat. Bukan sahaja itu, ibu tumpang tersebut diharamkan mengambil nikotin, alkohol, dadah dan kafein demi menjaga kesihatan bayi yang dikandung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori