Thursday, April 11, 2024

Creating liberating content

402,333 Rumah Lembah Klang...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 402,333 rumah di ibu negara dan Hulu Langat, Selangor...

Najib Luang Masa Sarapan...

KOTA BHARU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak...

Jumlah Kematian Covid-19 Di...

BEIJING - Jumlah orang yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) di seluruh tanah besar China...

Manifesto BN Melaka Penuhi...

MELAKA - Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri...

Chef Wan Akui Takut, Bimbang ‘Dipenjara’

SELAMA hampir empat dekad berkecimpung dalam bidang masakan, sudah tentu pelbagai pemgalaman menarik dan menakutkan yang dialami oleh Chef Wan.

Walau begitu, beliau tetap berasa bimbang apabila dikehandaki untuk ‘masuk’ ke penjara bagi menjayakan rancangan masakan terbarunya terbitan Discovery and Living Channel, menurut laporan Malaysiakini.

Membuat pengakuan itu menerusi akaun Instagram miliknya kelmarin, chef selebriti terkenal itu berkata dia diminta untuk pergi ke penjara paling berbahaya yang terletak di Asia.

Bagaimanapun, Chef Wan sebenarnya bukanlah akan dipenjarakan kerana melakukan sebarang kesalahan.

“Pagi ini saya menerima sebuah tawaran daripada pengarah eksekutif siaran Discovery Travel dan Living Channel untuk menjadi hos mereka sebagai tukang masak bagi rancangan memasak dan pengembaraan.

“Mereka mahu saya melawat empat penjara terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara selain menyelami kehidupan banduan di situ.

“Proposal itu benar-benar dilihat menarik, kelakar, pengalaman penuh keriangan dan pada masa sama menakutkan.

“Saya beritahu kepada penerbit BBC 2 Talkshow yang saya pernah bekerja bersama Misal Hussein dan berharap mereka menjaga keselamatan saya,” katanya.


I am so lucky that this Frangipani from 1.5 years ago when it start to bloom has never stop since then. Alhamdulilah, banyak pulak tu all in huge clusters sampai melentok dahan2 nya. This morning i recieved an offer from an executive producer for Discovery Travel and Living channel inviting me to be their host for a cook and adventure travel show. They want me to visit 4 notorious prison camp in Asia and cook from the prison kitchen but also experience the life of this inmates. Looking at the proposal it really sound exciting, funny, scary and full of adventure. I said to the producer whom i had worked previously on BBC 2 Talkshow with Misal Hussein just make sure i dont get gang rape on my kitchen table by all those horny prison mates! All recipes i cook must not contain Eggplants or Cucumber either! By the look of everything i told him yes i am game for that challenge! Bukan senang nak dapat tawaran Discovery Travel and Living channel pun. Me out of so many milliions others. The show will be broadcast all over the world pun! Jangan la saya dah tua2 ni di jadi kan ” The Naked Gang Rape Chef!”. Yang pasti kena tempah cawat besi la!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Mengaku teruja, Chef Wan berkata, beliau sudah bersedia untuk berdepan cabaran berkenaan kerana ia adalah pengalaman yang sukar dicari ganti dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

“Bukan senang nak dapat tawaran dari Discovery Travel dan Living Channel. Saya dipilih dalam kalangan jutaan cef yang lain.

“Malahan rancangan berkenaan akan disiarkan di seluruh dunia, cuma cabarannya adalah resipi yang dimasak tidak boleh menggunakan terung ataupun timun,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori