Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebuah Lagi Bot Bawa...

BANGKOK - Sebuah lagi bot membawa pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman...

Amanah Akan Bertanding 13...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan bahawa parti itu...

Jerebu: Pendapatan Nelayan Perlis...

KUALA PERLIS - Jerebu yang semakin tebal melanda perairan Perlis menyukarkan hampir 1,500...

Formula Politik Pembangkang Rapuh...

TEMERLOH - Tindakan PAS untuk menamatkan kerjasama dengan PKR membuktikan formula politik pembangkang...

Che Ta Pentingkan Penampilan, Zain Pula…

ROZITA Che Wan dikenali sebagai seorang selebriti yang amat menitik beratkan penampilan diri. Disebabkan itu, dia mahukan suaminya, pelakon Zain Saidin turut mementingkan perkara yang sama.

Sebagai isteri, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta sering menasihati Zain untuk mengawal berat badan bagi memastikan badannya sentiasa menarik perhatian.

Namun sebagai seorang lelaki, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, berasa agak sensitif jika ditegur tentang perubahan pada bentuk badannya.

Bukan itu sahaja, dia juga akan berasa kecil hati seandainya perkara yang sama akan berulang kali dibangkitkan oleh sesiapa.

“Dulu, saya selalu juga menegur apabila melihat perubahan pada susuk tubuhnya. Tetapi, Zain agak sensitif dan akan berkecil hati jika saya memberitahu badannya semakin berisi. Lama-kelamaan, saya biarkan saja dan tidak kisah lagi.

“Zain pula sebaliknya kerana dia tidak pernah mempersoal perubahan pada diri saya. Sama ada saya berisi atau sebaliknya, Zain tidak merungut. Dia terima saya seadanya. Tidak tahulah apakah itu pujian atau sebaliknya,” kata Che Ta dipetik daripada BH Online.

Bagi seorang ibu yang memiliki tiga orang cahaya mata, Che Ta akui bahawa dia terpaksa berkorban beberapa perkara bagi memastikan bentuk badannya sentiasa terjaga seperti sekarang.

Siapa sangka, walaupun sudah berusia 45 tahun, Che Ta memiliki ukuran pinggang 23 inci dan dia juga mempunyai caranya yang tersendiri bagi mengekalkan bentuk badan.

“Ramai yang menyangka, saya tidak pernah berdepan masalah berat badan. Selepas melahirkan anak ketiga, Aaisyah Dhia Rana, berat saya naik mendadak. Ketika usia Aaisyah tiga bulan, berat saya mencecah 85 kilogram.


“Malu saya melihat badan sendiri ketika itu. Saya pula jenis suka makan dan tidak gemar bersenam. Saya lebih rela duduk di meja makan daripada bersusah payah melakukan senaman,” tambahnya lagi.

Jika sesetengah wanita mengamalkan pantang larang daripada segi pemakanan, pelakon drama Kak Marr itu langsung tidak ambil kisah tentang itu semua.

Malah, dia akan makan apa sahaja yang dimahukan tanpa berfikir panjang supaya dia tidak mengidam apa-apa di kemudian hari.

“Tetapi, apabila berat badan mula naik, saya akan kurangkan nasi atau hanya mengambil buah. Bayangkan ketika mengandungkan Aaisyah, saya boleh makan nasi lima kali sehari. Macam badan saya tak naik?

“Untuk memastikan berat badan kekal, saya pastikan hanya ambil nasi dua kali sehari. Saya disiplinkan diri supaya makan tidak bertambah. Mungkin perut saya sudah terbiasa begitu, jadi saya tiada masalah.

“Cuma, ada ketika apabila Zain pulang ke rumah membawa makanan, saya akan jamah sedikit. Tak baik tolak rezeki depan mata,” katanya.

Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Zain pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania, 4.

Hasil perkahwinan bersama dengan bekas suami terdahulu, Che Ta turut memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ammar Effendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori