Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenderaan Asing Dilarang Beli...

KULAI - Larangan kenderaan asing khususnya dari Singapura untuk membeli petrol RON95 di...

58 Sembuh, Dua Kematian,...

SEBANYAK 37 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat...

GST Mampu Turunkan Harga...

KUALA LUMPUR - Pendekatan kerajaan memperluas skop barangan keperluan dan perkhidmatan asas dikecualikan...

7 Pegawai KDN Ditukar...

PUTRAJAYA - Tujuh pegawai Gred 54 ke bawah yang memegang jawatan sensitif di...

Che Ta Gelar Pengurusan Kondominium ‘Sampah’

SELEPAS kehilangan kereta mewah miliknya, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tidak berpuas hati dan menyifatkan pihak pengurusan kondominium kediamannya sebagai sampah.

“Pengurusan kondo di kediaman saya memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka sama sahaja seperti ‘sampah’.

BACA: Perhatian!! Che Ta Minta Tolong, Vellfire Kena Curi

“Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi mengapa keselamatan penghuni masih tidak dapat dijamin?” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Ta, sehingga keluarganya masih belum mengetahui apa-apa perkembangan tentang keretanya dan pihak polis juga masih menjalankan siasatan tentang kejadian tersebut.

Che Ta juga tidak menolak kemungkinan membeli kenderaan baharu kerana dia memerlukan kenderaan yang besar untuk kemudahannya ke tempat kerja.

JUGA BACA: Polis Kesan Dua Suspek Curi Vellfire Che Ta


“Peluang untuk kereta itu ditemui macam tipis sahaja. Saya dengar kalau orang hilang kereta, jarang ada yang berjaya dapatkannya semula.

“Bukan sikit duit yang diperlukan untuk membeli kereta baru tapi saya tetap kena beli kereta besar untuk memudahkan saya pergi kerja. Buat masa ini saya belum putuskan untuk beli kereta jenama apa,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori