Cha In-ha Meninggal Dunia

SEOUL – Pelakon Korea Selatan, Cha In-ha ditemui mati di rumahnya semalam, yang menjadikannya kematian ketiga membabitkan selebriti muda dari negara itu dalam tempoh dua bulan lalu.

Reuters yang memetik jurucakap polis, Cha, 27, punca kematian sehingga kini masih belum diketahui.

Cha atau nama sebenar, Lee Jae-ho muncul di layar filem pada 2017 dan pernah menyertai kumpulan Surprise U yang mengeluarkan dua album.

Dia sempat meninggalkan pesanan terakhir sehari sebelum kematiannya di akaun Instagram meminta semua peminat menjaga diri ketika musim sejuk.

Agensi bakatnya, Fantagio dalam satu kenyataan meluahkan rasa kesal atas pemergian selebriti terbabit dan meminta orang ramai serta media tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita kematian itu. – myMetro Online

Loading...