Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Reput Ditemukan Terapung

Sarikei : Sekumpulan pekerja feri terkejut apabila menjumpai mayat dalam keadaan tidak sempurna...

Perak Cadang MAHB Sedia...

IPOH - Kerajaan negeri Perak mencadangkan supaya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan...

Brahim’s Bantu Selamatkan MAS...

PEMBEKAL makanan dalam penerbangan, Brahim's Holdings Bhd, memain peranan kecil namun penting, dalam...

Sarawak Mohon Lebih Banyak...

MIRI - Sarawak telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan lebih banyak sekolah...

Cerita Cinta Dongeng Jadi Kenyataan

BEIJING – Bagaikan cerita dongeng apabila model jelita Ukraine jatuh cinta dengan pemuda kampung di China yang pandai bermain silap mata dan akhirnya mereka berkahwin.

Itulah yang berlaku kepada Chen Xuanxuan dari wilayah Henan yang mengembara ke seluruh negara melakukan persembahan silap mata.

Dua tahun lalu, ketika membuat persembahan di Beijing, model Ukraine, Alena, terpikat dengannya selepas menyaksikan persembahan Chen dan menyelinap ke belakang pentas bagi menemui pemuda itu.

Menurut nextshark.com, selepas pertemuan pertama pada Julai 2015 itu, mereka mula berhubung menggunakan Wechat dengan bantuan aplikasi terjemahan.

Ketika hubungan mereka semakin mesra, cabaran mula muncul apabila ibu bapa Alena mahukan dia pulang ke Ukraine kerana visa kerja sebagai model hampir tamat.

Selepas sebulan, pasangan itu memutuskan untuk berkahwin di China pada Ogos 2015 dan majlis di Ukraine diadakan pada Julai 2016.


Chen mengakui pada awalnya dia tidak percaya dengan tuahnya apabila Alena mahu menjadi isterinya kerana perbezaan budaya.

Kini, pasangan itu memasuki episod baharu dalam hidup mereka kerana Alena sedang hamil anak pertama mereka. – Agensi/myMetro Online

Kategori