Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Muak Dengar Sasaran...

KOTA KINABALU - Perbincangan mengenai sasaran kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

Zizan ‘Join’ Segmen JoHaRa,...

SELEPAS memeriahkan bidang pengacaraan, pelakon dan pelawak Zizan Razak kini terjun ke konti...

Wanita Bunuh Ibu, Kekasih...

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun telah ditahan selepas disyaki membunuh ibu dan...

Kes Cabul Sekolah Tahfiz...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah...

Ceramah Jelajah Pakatan Harapan Tiada Permit Polis

TAIPING – Ceramah Jelajah Pakatan Harapan yang diadakan di jalan utama ke Kampung Bukit Jana, Kamunting di sini pada malam tadi disahkan tidak mempunyai permit polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata pihaknya juga telah menerima laporan polis daripada penduduk setempat yang mendakwa ceramah tersebut menghalang lalu lintas.

Sebelum itu pasukan anggota keselamatan telah meminta pihak penganjur untuk mengubah sebuah treler milik Pakatan Harapan yang boleh diubah menjadi pentas ceramah kerana didakwa mengganggu lalu lintas kira-kira 8.30 malam.

Selain itu, Pakatan Harapan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membolehkan penceramah berceramah di sepanjang jalan itu.

Antara yang hadir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Meng.

Ceramah itu tamat kira-kira 12 tengah malam, diakhiri dengan ceramah daripada Tun Mahathir.


Kira-kira 2,000 penyokong menghadirinya walaupun pihak pakatan mendakwa 10,000 yang hadir. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori