Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Tetap Kerjasama Dalam...

PAS akan tetap menjalinkan kerjasama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP dan...

Tidak Tahan Dirogol Bapa...

TIDAK tahan dirogol bapa saudaranya buat kali ketiga semalam, gadis berusia 14 tahun...

Kit Siang Seru Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kaum Melayu terutama ahli dan penyokong PAS telah...

Biadab Bising Ganggu Jemaah...

GEORGE TOWN - Ia bukan sahaja biadab malah langsung tidak sensitif dengan kehidupan...

Cerai Kali Ketiga, Datuk Vida Akui Serik Kahwin Lagi

BERITA penceraian usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida bersama suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin sememangnya mengejutkan peminat industri tanah air.

Apatah lagi,  kedua-dua nampak begitu serasi dan saling menyayangi antara satu sama lain ketika hadir di majlis-majlis keramaian.

Pun begitu, tiada siapa boleh menolak takdir Ilahi sekiranya sudah ditentukan bukan jodohnya.

Cerai Kali Ketiga, Datuk Vida Akui Serik Kahwin Lagi

Cerai Kali Ketiga, Datuk Vida Akui Serik Kahwin Lagi

Pada masa yang sama, pengasas Qu Puteh ini, akui dia kini serik untuk mendirikan rumah tangga lagi setelah mengalami penceraian sebanyak tiga kali.

“Buat masa ini serik untuk kahwin lagi.

“Tak tahu nak cakap. Kami berpisah cara mudah, dipersetujui dengan mudah. Tidak ada apa-apa perkara berbangkit selepas perpisahan ini.


“Saya harus kuat. Rancang tumpu pada bisnes, buat yang terbaik untuk perniagaan. Saya tak mahu layan perasaan ini.

“Begitu juga dengan anak-anak, mereka ada bertanya, mereka boleh terima dan mereka juga perlu kuat.

“Saya bercadang untuk bercuti selama 10 hari bersama keluarga. Pergilah ke mana-mana,” katanya kepada Media Hiburan.

Namun, Vida enggang berkongsi destinasi percutian keluarganya mungkin kerana mahu menenangkan dirinya buat masa ini.

Semoga Vida tabah menghadapi ujian ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori