Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kelantan Rehat Pemain Utama...

KOTA BHARU - Kelantan akan merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang pertemuan menentang Selangor...

Tiada Pengeluaran Tak Terkawal...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal...

Bilangan Aduan SST Sangat...

BUTTERWORTH - Bilangan aduan mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah sangat...

Leez Rosli, Aepul Drama...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Leez Rosli dan Aepul Drama Band yang telah selamat...

CEO Gojek Dilantik Sertai Kabinet Jokowi

JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Gojek, Nadiem Makarim meletak jawatannya untuk menyertai kabinet Indonesia.

Operasi syarikat e-hailing dan pembayaran itu akan dikendalikan oleh dua pegawai kanan untuk menguruskan operasi syarikat bernilai AS$10 bilion itu.

Presiden Gojek, Andre Soelistyo dan pengasas bersama Kevin Aluwi akan menjadi CEO bersama, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, syarikat itu sudah pun merancang untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi mengelakkan gangguan kepada operasi perniagaannya.

Makarim, 35, yang ditemui di istana Presiden Indonesia berkata, beliau berbesar hati dilantik untuk bersama kabinet.


Kedudukannya dalam kabinet akan diumumkan oleh Presiden Joko Widodo dalam minggu ini.

Makarim dan Widodo telah bercakap mengenai hala tuju untuk membangunkan Indonesia pada masa depan termasuk modal insan, birokratik, reformasi dan pelaburan.

Media Indonesia telah mengaitkan kedudukan Makarim dalam Kementerian Ekonomi Digital atau Kementerian Pendidikan. – Agensi

Kategori