Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelanggan Meninggal Dunia Tiba-Tiba...

SEORANG pelanggan berusia dalam lingkungan 40-an meninggal dunia secara tiba-tiba dipercayai akibat serangan...

Naib Presiden PKR Sokong...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin...

Himpunan Pembangkang Gagal, Rakyat...

JELI - Kegagalan pembangkang menarik ramai penyertaan dalam Perhimpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’...

China Bangunkan Teknologi Kenali...

BEIJING - Para penyelidik China telah berjaya membangunkan teknologi baharu yang mampu mengenali...

CEO Baharu Bernama Diumum Minggu Depan

PUTRAJAYA – Pelantikan individu bagi mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan dibuat minggu hadapan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata nama individu tersebut telah diputuskan cuma menanti masa yang sesuai untuk diumumkan.

“Nama sudah ada, satu atau dua calon, kita kena tunggu…minggu depan kita umum,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan 328 pesara kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini, nama bekas Ketua Pengarang The Rocket, akhbar rasmi DAP, Wan Hamidi Hamid disebut-sebut sebagai individu yang akan dilantik ke jawatan itu oleh kerajaan.

Wan Hamidi yang juga Timbalan Pengarah Penyelidikan Kemajuan Sosial (REFSA), sebuah pusat pemikir DAP dijangka menggantikan Datuk Zulkefli Salleh yang akan bersara selepas kontraknya tamat bulan depan.

Dalam pada itu, Gobind berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menyiarkan secara langsung perhimpunan agung mana-mana parti politik sama ada dari komponen Pakatan Harapan (PH) atau Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula Sabtu ini.

Beliau berkata RTM mempunyai pelbagai program yang telah disusun sejak awal dan perlu disiarkan mengikut masa ditetapkan.


Bagaimanapun, RTM, Bernama atau rangkaian media lain boleh melaporkan berita sama ada daripada sidang media atau perhimpunan itu, katanya.

Dalam perkembangan lain, Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan berkata parti itu menolak sebarang kerjasama dengan UMNO.

Beliau berkata DAP berpegang kepada kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PH tidak akan menjalin kerjasama dengan parti lain terutamanya dalam cubaan pembangkang untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Gobind juga menolak wujudnya gerakan dalam kalangan anggota Parlimen PH untuk menjalin kerjasama dengan UMNO berikutan kekerapan pertemuan antara pimpinan kedua-dua parti ke belakangan ini.

Pertemuan antara pemimpin politik adalah perkara biasa, apatah lagi atas kapasiti PH kini telah menjadi kerajaan, katanya. – BERNAMA

Kategori