Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bolt Raih Emas Ketiga...

RIO DE JENEIRO - Usain Bolt dari Jamaica mencipta sejarah apabila menang 100...

Tak Perlu Ke Maldives.....

TOURISM Johor dengan sokongan Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) menganjurkan satu program Fam...

Raja Ilya Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo...

Kajian Terperinci Masalah Banjir...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Menteri Sumber Asli...

Cemas! Budak Melekat Pada Tiang Elektrik

JAKARTA – Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video yang memaparkan kanak-kanak lelaki tertiarap tidak bergerak dengan tangannya melekat pada tiang elektrik.

Menurut laporan Tribunnews, kanak-kanak berbaju biru itu terkena renjatan elektrik setelah secara tidak sengaja terpegang kabel yang tergantung pada tiang tersebut selepas keluar dari kolam renang dalam keadaan basah.

Insiden yang dilapor berlaku di kolam renang Villa Meruya, Jakarta pada Sabtu itu mengundang panik orang ramai yang berada di situ.

“Lepas, lepas, ya Allah.”

Kelihatan beberapa petugas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan melepaskan genggaman tangan dan menariknya jauh daripada tiang sebelum melakukan bantuan pernafasan.

Keluarga kanak-kanak itu dalam kenyataan kepada media berkata mangsa yang dikenali sebagai Putu Elang berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani rawatan.


“Sekedar meluruskan berita yang simpang siur, Alhamdulillah ananda Putu Elang dalam keadaan baik-baik saja. Sekarang masih dalam perawatan.”

Dalam pada itu beberapa saksi turut memuat naik video kejadian di Facebook mereka. – Agensi

Kategori