Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sinar Harian Atau Sinar...

KUALA LUMPUR - Sinar Harian terus diselubungi kontroversi menyokong gabungan pembangkang Pakatan Harapan...

Tiada Rakyat Malaysia Terkorban...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden serangan bom kereta...

Wanita Warga Laos Maut...

KEMAMAN - Seorang wanita warga Laos maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang...

Program STREAM Tabika Kemas...

JASIN - Kerajaan akan memperkenalkan pelbagai jenis modul pembelajaran untuk diterapkan di semua...

Bapa Cuai, Anak Terkunci Dalam Kereta

Slim River – Seorang lelaki cemas selepas anak perempuannya berusia tiga tahun terperangkap dalam kereta selama setengah jam di hadapan sebuah kedai di Taman Malinja, Slim River, 8.30 pagi tadi.

Secara kebetulan pula wartawan Harian Metro turut berada di kedai minum berdekatan lokasi kejadian, maka perkara ini menjadi bahan berita yang disiarkan pada hari ini, di laman online akhbar tabloid tersebut.

Kejadian berlaku apabila kanak-kanak berkenaan terkunci pintu kereta jenis Suzuki Swift dari dalam ketika ditinggalkan bapanya yang keluar untuk membeli barang di kedai berhampiran.

Selepas si bapa yang berusia lingkungan 30-an menyedari butang kunci kereta telah anaknya dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin itu, dia mula kelam kabut mengajar anaknya cara menekan kembali butang kunci.

Disebabkan usia yang masih mentah, ajarannya hanya difahami si anak selepas setengah jam.


Selepas berjaya membuka kereta lelaki itu dikatakan terus memeluk anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu.

Dia dilaporkan enggan ditemu bual wartawan Harian Metro dan siaran berita ini rasanya bukan saja berguna sebagai pengajaran kepada ibu bapa di luar sana tetapi pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada bapa ini sendiri (mati la nak menjawab kat bini karang). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori