Cedera ‘Dikunyah’ Badak Air

NAIROBI – Seorang nelayan cedera ‘dikunyah’ badak air dalam serangan selama 10 minit ketika menangkap ikan di Tasik Naivasha, baru-baru ini.

Mathew Wanjiuku berenang di tasik itu untuk menangkap ikan tanpa menyedari kehadiran haiwan liar berkenaan yang tiba-tiba menyerangnya, lapor Daily Mail.

Badak itu berjaya memerangkapnya sebelum terus menggigit lengan, bahu serta bahagian badan sebelum dihalau rakannya yang menjerit dan memukul kepingan logam untuk menghalaunya.

Kejadian yang dirakam jurugambar Frederico Genovese, 47, yang kebetulan merakam kehidupan liar di tasik berkenaan dan menunjukkan Wanjiuku terperangkap di bawah selepas cuba melarikan diri daripada haiwan yang menyerang itu sebelum badannya dimamah.

WANJIUKU menunjukkan kecederaan akibat diserang badak air. – Foto Daily Mail

“Haiwan itu memijaknya dan menggoyangkan kepala dengan ganas, dalam cubaan menghempapnya selain menggigit mangsa.

“Beberapa orang memegang kepingan logam besar yang dipukul rakan mereka menggunakan kayu selama 10 minit untuk menghalau badak berkenaan sebelum ia melarikan diri.

“Ketika itu Wanjiuku segera keluar dari bawah dahan berkenaan dan berenang pantas ke tebing untuk menyelamatkan diri,” kata Genovese.

Wanjiuku tidak mengalami luka serius akibat kejadian itu dan kini pulih sepenuhnya. – Agensi

Loading...