Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Salt Bae Ada Gaya...

CHEF terkenal Turki, Nusret Gökçe yang mencipta nama kerana menggunakan cara tersendiri untuk...

UMNO Desak Segerakan PRU15

BAGAN DATUK - UMNO mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat...

Afifah Perli Bella Ke...

TAK sudah-sudah lagi ke isu Afifah Nasir dengan Bella Astilah ni? Kali ni...

Lim Guan Eng Putar...

SEJAK menjadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng cuba menjadikan media sebagai Mahkamah. Berbagai...

Cedera Berganda, Limpa Pecah Punca Mangsa Dera Maut

KUANTAN – Kecederaan berganda di kepala dan keadaan limpa yang pecah menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki lima tahun mangsa dera, yang dipercayai dilakukan oleh bapa tiri dan ibu kandungnya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini.

“Jenazah mangsa telah diserahkan kepada anggota keluarga terdekat yang lain pada pukul 4.15 petang tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Rompin,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media di sini malam ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang semalam, mangsa Muhammad Hafiz Abdullah, 5, meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan, dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

Osman dalam kenyataan sebelum ini berkata pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baharu di dada, kesan cucuhan api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baharu di bahagian kening kanan.


Hasil siasatan awal yang dilakukan, bapa tiri mangsa yang tinggal di Kampung Batu Balik, Pekan dan merupakan seorang penoreh getah, mengaku ada memukul kanak-kanak itu pada hari kejadian.

Berikutan itu, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Feb ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori