Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menara KL Masih Buka...

KUALA LUMPUR – Pelantar pemandangan terbuka di Menara Kuala Lumpur masih beroperasi dan...

Boleh Mohon Baucar Buku...

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT)...

Malaysia Laksana Program Biodiesel...

KUALA LUMPUR - Malaysia, pengeluar minyak sawit terbesar selepas Indonesia, akan melaksanakan program...

Sampai Bila Nak Permain...

KERAJAAN sudah mengumumkan langkah-langkah terbaru memenuhi janji mereka kepada rakyat sejak Pilihan Raya...

Cavani Terlepas Peluang Aksi Lawan Perancis

NIZHNIY NOVGOROD, Rusia – Penyerang Uruguay, Edinson Cavani dijangka terlepas peluang beraksi di suku akhir Piala Dunia menentang Perancis, Jumaat ini selepas bergelut dengan kecederaan betis yang dialami ketika menentang Portugal di peringkat kelompok 16 terbaik.

Persatuan Bolasepak Uruguay (UFA) mengeluarkan gambar pasukan negara itu hari ini menerusi media sosial ketika sedang menjalani latihan, tanpa kelibat Cavani.

Selepas ujian Isnin lalu, doktor mengesahkan bintang Paris Saint-Germain itu mengalami lebam di bahagian betis kiri, tetapi tidak mengalami koyakan di bahagian otot.

Ketiadaan pemain berusia 31 tahun itu, bakal menyaksikan jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez menurunkan Christian Stuani di bahagian serangan bersama Luis Suarez.

Penyerang Girona itu menggantikan Cavani, selepas dia menjaringkan kedua-dua gol Uruguay ketika menumpaskan Portugal 2-1.

Kategori