Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Khairy Kongsi Kenapa Perlu...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkongsikan gambar kenapa perlunya sesi pengimbas badan...

Tiga Rakyat Malaysia Mangsa...

IPOH: Keluarga tiga lelaki rakyat Malaysia yang masing-masing terkandas di Thailand, Kemboja dan...

Chong Wei Sedia Beri...

ALOR SETAR - Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei sedia memberi laluan...

Baru 15 Tahun Tapi...

DI kala rakan-rakan sebaya mendapat hadiah seperti minyak wangi, baju berjenama dan konsol...

Caruman KWSP Kembali Kepada 11% Januari 2018

KUALA LUMPUR – Kadar berkanun caruman syer pekerja Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), akan kembali kepada kadar asal pada 11 peratus bagi ahli berumur kurang daripada 60, dan 5.5 peratus bagi mereka yang berusia melebihi 60 tahun, berkuat kuasa upah/gaji Januari 2018 bagi caruman Februari 2018.

Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada upah/gaji pekerja dan meremitkannya kepada KWSP berdasarkan kadar caruman yang baharu.

“Kadar caruman pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga Akta KWSP 1991,” katanya.

Kerajaan mengumumkan pengurangan kadar sumbangan pekerja pada 2016, semasa pembentangan Semakan Semula Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, KWSP berkata pengurangan kadar sumbangan berkanun syer pekerja kepada lapan peratus yang bermula pada Mac 2016, berakhir bulan ini.


Ia berkata ahli yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11 peratus atau 5.5 peratus, boleh mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) atau Borang KWSP 17AA (AHL).

Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh melayari www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

Kategori