Cari Kontak Rapat Wanita Mengandung Rentas Negeri

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengesan kontak rapat wanita mengandung dari Kuala Krai, Kelantan yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan akan mengenal pasti sama ada wanita itu mendapat jangkitan di kawasan zon merah atau sebaliknya.

Beliau berkata, wanita berusia 30-an dikatakan dari Ampang, Kuala Lumpur ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai pada 15 Mei lalu untuk bersalin di sana.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Bagaimanapun, katanya, apabila ujian saringan dijalankan, wanita itu didapati positif Covid-19.

“Sekarang ini, wanita itu telah diasingkan dan diberi rawatan. Apa yang pasti kita sedang menjalankan dan tindakan seterusnya untuk kenal pasti kontak rapat.

“Kita akan melihat kepada sama ada jangkitan yang itu didapati di kawasan zon merah, jadi kita menjalankan siasatan dan bila kita dah ada keputusan, ia akan dimaklumkan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Loading...