Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kutipan Zakat 2013 Cecah...

KUALA LUMPUR - Kutipan keseluruhan zakat bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion, meningkat daripada...

KTMB Beri Diskaun Tambah...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi diskaun tambang 50...

Wanita Terkejut Jadi Pekak...

SEORANG wanita didiagnos dengan keadaan kesihatan pelik apabila mendakwa menjadi pekak semata-mata kerana...

Gambar Seksi, Kekasih Alves...

SELEPAS lapan musim bermain untuk Barcelona di Sepanyol, Dani Alves memutuskan menerima tawaran...

Cara Unik Pelanggan Hargai Khidmat Staf JPN

LAZIMNYA pelanggan yang berurusan di kaunter sama ada agensi kerajaan atau swasta hanya akan mengucapkan terima kasih kepada staf yang bertugas sebelum meninggalkan kaunter berkenaan.

Ada juga kaunter yang menyediakan peti kecil di kaunter tersebut untuk pelanggan memasukkan nombor giliran mereka dalam dua pilihan sama ada berpuas hati atau sebaliknya dengan urusan dikendalikan petugas terbabit.

Tidak kurang pula memasang skrin saiz kecil yang memaparkan soalan cepumas berhubung penilaian tahap perkhidmatan kaunter itu dan pelanggan boleh menyentuh skrin tersebut untuk memilih aneka jawapan disediakan.

Namun, lain pula diterima dua petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuala Lumpur yang menerima kejutan hadiah berupa lukisan karikatur diri mereka sendiri sebagai ekspresi penghargaan oleh pelanggan baru-baru ini.

Menerusi akaun Twitter rasmi JPN Malaysia dimuat naik pada 26 Julai lalu, ia memaparkan dua staf wanita di kaunter 19 itu mendapat pujian tiga pelanggan mereka yang sanggup lukis wajah petugas tersebut secara karikatur.

Berdasarkan catatan pada lukisan berwarna hitam putih berkenaan, ia menunjukkan si pengirim tersebut mungkin pernah berurusan di kaunter terbabit sebelum itu sehingga meluahkan ‘testimoni’ perasaan puas hati mereka pula.

Turut dipaparkan ialah nama tiga pengirimnya hanya dikenali sebagai Shamsir, Syahida dan Nur Fatin selain ucapan ringkas: “Terima kasih dengan servis yang diberikan. Good job, friendly, fruitful & soft spoken.”


Apa yang pasti, tiga pelanggan ini memang gembira dengan perkhidmatan oleh dua petugas JPN itu sehingga sanggup bersusah payah melukis atau mungkin mengupah pelukis lain untuk menyatakan rasa positif mereka.

JPN menerusi status Twitter tersebut turut meletakkan kapsyen berbunyi: “Penghargaan istimewa daripada pelanggan yang diekspresi dalam bentuk karikatur kepada JPN Kuala Lumpur #Negaraku #Rakyatdihatijpn.”

Lebih unik, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kicauan Twitter balas turut mengucapkan syabas dan berharap staf terbabit terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Inilah tuah badan dan syabas diucapkan kepada dua petugas kaunter berkenaan atas perkhidmatan diberikan kerana amat jarang pelanggan melakukan sedemikian sebagai tanda ucapan terima kasih. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori