Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Miss Phang ‘Bohong’ Akuan...

GEORGE TOWN - Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa berbohong dalam akuan bersumpah...

UKM Dan IUKL Turut...

BELUM reda penafian Universiti Malaya (UM), kini dua lagi universiti tempatan tampil menafikan pernah...

Bot Karam: Operasi SAR...

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot panjang karam...

Prestasi Pengurusan Kewangan Agensi...

KUALA LUMPUR - Prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2015 adalah lebih baik...

Cara Kerja Kakitangan JANS Perlu Punyai Elemen IR4.0

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata cara bekerja kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) perlu diterapkan dengan elemen Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kerana ianya akan menjadi norma di masa akan datang.

Beliau berkata dunia kini sedang melalui peralihan ke arah IR4.0 yang akan mengubah cara bekerja dan kehidupan manusia.

“Oleh itu setiap daripada kita perlu bergerak seiring dengan keperluan semasa bagi menghasilkan kelancaran perkhidmatan yang lebih baik seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JANS bagi tahun 2017, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Abdul Muis Picho.

Peter berkata perubahan global telah dijadikan sebagai penanda aras kepada reformasi perkhidmatan awam untuk meningkatkan momentum kejayaan agar bergerak seiring dengan keperluan semasa.

“Oleh itu kemajuan teknologi dan dunia digital perlu difahami dan dipelajari agar dapat diaplikasikan di negeri ini, sekali gus dapat memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata prestasi dan penyampaian perkhidmatan JANS perlu ditambah baik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada fungsi sebenar jabatan berkenaan.


“Kita harus bekerja keras agar pelbagai stigma negatif yang sering dikaitkan dengan jabatan ini seperti ‘buka paip, keluar duit bukan air’ dapat dihapuskan,” katanya.

Katanya, kakitangan JANS juga perlu mengupayakan perkhidmatan mereka dengan nilai dan budaya berintegriti dalam usaha menggalakan inisiatif kerajaan.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Peter berkata 39 kakitangan JANS telah dianugerahkan APC kerana menunjukkan prestasi yang baik sepanjang 2017.

“Saya berharap agar penerima APC terus mengekalkan prestasi cemerlang dan menjadi contoh yang baik kepada semua kakitangan JANS yang lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori