Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Misha Omar Kongsi Nama,...

SETELAH 11 hari selamat melahirkan anak, penyanyi terkenal Misha Omar akhirnya berkongsi nama...

Lelaki Hilang Ketika Memancing...

TAIPING - Seorang pemancing dipercayai hilang ketika memancing di kawasan Air Terjun Pecah...

Pemandu Kencing Di Landasan...

TOKYO - Sebuah operator kereta api Jepun, JR East semalam memohon maaf selepas...

DAP Kesal Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP tidak berpuas hati dengan tindakan tatatertib yang...

Cantik Di Luar, Organ Dalaman Hancur!

MELALUI perkongsiannya di Facebook, Dr. Rafidah Abdullah menceritakan bahaya apabila terlalu mengejar cantik luaran sehingga tidak menyedari kerosakan yang berlaku kepada organ dalaman.

“Bila cantik luaran yang terlalu dikejar, habis rosak organ dalaman! Terlalu kerap kita mendengar cerita seperti ini.

“Ini menjadi cantik luaran, tak kisah lah pada paras rupa atau tubuh badan sehinggakan memudaratkan diri sendiri,” tulisnya.

Dr. Rafidah merupakan seorang Nephorolist, iaitu seorang doktor pakar khusus dalam penjagaan dan merawat penyakit buah pinggang.

Dr. Rafidah Abdullah

Menurut Dr. Rafidah, ada juga kes kerosakan organ dalaman seperti hati dan buah pinggang menyebabkan kematian kerana terlampau mementingkan kecantikan luaran.

Tambahnya, beliau pernah merawat seorang pesakit berumur 33 tahun dan terkejut melihat keputusan darah pesakit tersebut. Buah pinggang dan hatinya rosak teruk.

Apabila didatangi pesakit itu, Dr. Rafidah mula berasa hairan mengapa seorang wanita cantik dan muda sepertinya boleh mengidap penyakit kronik seperti itu.

“Seorang pesakit berumur 33 tahun, sudah berkahwin, anak dua orang sudah besar. Kerja model sambilan.

“Selepas menyoal pesakit tersebut berulang kali, akhirnya wanita tersebut mengaku bahawa dia mengambil suplimen kopi campuran yang dikatakan boleh menguruskan badan.

“Ya Allah, memang TERKEJUT melihat keputusan darah. Buah pinggang dan hati rosak,” tulisnya lagi.

Pesakit itu kemudian menjelaskan bahawa dia mengambil kopi campuran tanpa mengambil makanan yang lain seperti nasi, sayur dan semua zat-zat yang lain.


Dr. Rafidah juga memberitahu bahawa jika kopi atau teh campuran yang dikatakan boleh mengurusakan badan tanpa mengambil sebarang makanan, ia mungkin mengandungi bahan yang terlarang.

Bahan terlarang itu akan menyebabkan kesan sampingan yang teruk kepada organ dalaman yang penting iaitu hati dan buah pinggang.

Salah satu campuran bahan terlarang adalah sibutramine, dan beliau juga melampirkan gambar yang boleh dijadikan rujukan.

Sebagai penutup kepada perkongsiannya kali ini, beliau juga memberikan beberapa nasihat kepada mereka di luar sana:

1. Yang BMI normal, tak payah lah nak kurus lagi. Terima lah seadanya.

2. Yang BMI lebih dan nak kurus pulak, jangan ambil jalan mudah. Lemak tepu yang terkumpul berpuluh tahun tidak akan hilang dalam masa sebulan! Yang suruh makan minum suplemen itu ini, mengarut. Pergi pakai kasut (selipar pun boleh), jalan-jalan di taman. Ini tidak perlu belanja langsung. Makan pulak kena lah berpantang, BUKAN pantang tengok!!

Jangan kita lalai dan lupa yang cantik dalaman sebenarnya lebih indah. Tak pasal-pasal dapat penyakit. Pedulikan rupa luaran! – MYNEWSHUB.CC

Kategori