Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Viral Penjual Tuala...

'KUASA' Internet menyaksikan pihak polis berjaya menahan tiga wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan...

Kolej Al-Quran Terengganu Mula...

KUALA TERENGGANU - Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) akan memulakan operasinya dengan status institusi...

Anih Siasat Kes Staf...

KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad...

Jangan Lari Daripada PTPTN...

KUALA LUMPUR - Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diingatkan supaya...

Cameron Highlands Sejuk, Kenapa Tian Chua ‘Panas’?

SINIS… Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ternyata tidak disenangi pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuklah Tian Chua.

Najib dalam nada sinis menerusi akaun sosial Facebooknya hari ini turut menyindir Naib Presiden PKR itu yang merasa ‘panas’ apabila bekas perdana menteri tersebut berada di sekitar Cameron Highlands.

“Saya ke Cameron hanya untuk berjalan-jalan, makan angin dan membeli strawberi sahaja,” jelas Najib yang hadir ke tanah tinggi di Pahang itu sebenarnya atas kapasiti dirinya sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Malah beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan ini menambah di Cameron Highlands suasananya nyaman dan indah, kenapa pula Tian Chua merasa ‘panas’ dengan kehadirannya?

“Dan oh, sempatlah melawat kawan-kawan lama dan lihat pembangunan untuk Orang Asli yang dibuat semasa saya PM dulu. Biarlah saya… Saya tak ke sana untuk mahu gigit sesiapa pun,” kata Najib lagi dalam nada sindiran.


Beliau merujuk kenyataan Tian Chua yang hari ini dilaporkan sebuah portal berita tempatan pro-PH berkata, penampilan beliau berkempen di PRK Cameron Highlands kononnya sesuatu yang agak luar biasa.

“Sebenarnya, Najib bukan satu contoh yang terbaik kerana masalah-masalah yang masih diwaris oleh masyarakat di Cameron Highlands ini, dan Najib tidak buat apa-apa sepanjang masa dia jadi perdana menteri.

“Sekarang dia mengambil kesempatan menggunakan ini (PRK) menjadikan pentas dia untuk mendapatkan ‘cheap publicity’ (publisiti murahan),” kata Tian Chua kepada portal berita Malaysiakini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori