Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Baiknya Hatimu Selebriti Malaysia”

KUALA LUMPUR - Pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' amat sesuai bagi...

Video Promo LG G3...

LG pada tahun ini telah memperkenalkan LG G3 yang mana merupakan telefon pintar...

Masa Depan Negara Ditentukan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masa depan...

Pasar Pagi Pekan Semenyih...

SEMENYIH - Sejak beberapa tahun lepas, mukim Semenyih yang berada dalam daerah Hulu...

Calon SPM Terpaksa Redah Banjir

BUTTERWORTH – “Kami terpaksa redah banjir kira-kira 200 meter sebelum naik lori untuk ke sekolah…saya tawakal saja demi untuk menduduki SPM,” kata Nor Syamim Rosli, 17, yang terpaksa meredah banjir apabila kediaman mereka di Sungai Dua di sini dinaiki air.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad Said itu bersama 150 yang lain terpaksa menaiki lori dan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan agensi kerajaan persekutuan untuk ke sekolah bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pagi ini.

Seawal 6 pagi kenderaan serta anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunggu di persimpangan jalan masuk ke sekolah itu untuk memastikan kesemua pelajar tiba ke pusat peperiksaan di tingkat 2 sekolah itu untuk menduduki SPM.

SMK Datuk Ahmad Said adalah antara sekolah yang ditenggelami air hingga paras pinggang akibat banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.

“Rumah kami dinaiki air pagi semalam, lepas tu bekalan elektrik tak dak (tidak ada) sampai pagi ini…saya memang tak sempat ulangkaji semalam. Saya harap hari ini dapat jawab soalan kertas Bahasa Melayu,” katanya yang ditemani ibunya Hamidah Ismail, 45, ketika ditemui Bernama di sekolah berkenaan di sini hari ini.

“Kami keluar awal sebab takut lambat sampai sekolah, sedih tengok keadaan anak-anak yang ambil SPM hari ini sebab terpaksa redah banjir. Saya doakan mereka semua dapat menjawab dengan baik,” kata Hamidah yang bekerja kilang itu.

Seorang lagi calon SPM sekolah itu, Muhammad Firdaus Zulkifli berkata dia bimbang memikirkan keadaan banjir yang tidak surut itu akan menyukarkan perjalanannya ke sekolah apatah lagi pertama kali berdepan dengan situasi seperti itu.

“Biarpun terpaksa menjawab dalam keadaan kurang selesa, saya tetap bersyukur ramai pihak menyalurkan bantuan untuk mempermudahkan urusan hari ini demi membolehkan calon mengambil peperiksaan,” katanya.

Bagi Nor Atikah Daud pula situasi banjir itu sedikit menganggu emosinya apabila berasa takut tidak dapat menjawab peperiksaan dengan baik namun bersyukur dan lega apabila melihat pelbagai pihak menghulurkan bantuan demi melancarkan perjalanan calon SPM terlibat.

Guru sekolah itu Nina Hirnani Mohamad, 30, berkata sekolah berkenaan pernah mengalami banjir pada 2003 namun kali ini lebih teruk berbanding sebelumnya sehingga ada calon yang rumah mereka ditenggelami air tinggal di surau dan asrama sekolah sejak semalam.

“Ini adalah cabaran dan dugaan untuk seluruh kakitangan sekolah serta calon yang menduduki peperiksaan hari ini. Pihak sekolah berterima kasih kepada pihak luar yang bertungkus lumus bagi memastikan peperiksaan berjalan seperti yang dijadualkan,” katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman berkata kesemua calon yang menduduki SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini hari ini berjaya hadir ke pusat peperiksaan masing-masing dengan bantuan pelbagai pihak.


“Semuanya berjalan lancar dan saya doakan semua calon SPM dan STPM sentiasa dalam keadaan tenang untuk menjawab peperiksaan walaupun ada sebahagian tempat dilanda banjir,” katanya sambil memberitahu terdapat seramai 23,114 calon SPM dan 2,232 calon STPM akan menduduki peperiksaan di seluruh negeri.

Di Seremban pula, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menyediakan pelan tindakan alternatif sebagai langkah siap siaga sekiranya banjir berlaku di negeri ini khususnya ketika SPM sedang berlangsung, kata pengarahnya Pkharuddin Ghazali.

Ia bertujuan untuk memastikan kesemua calon dapat mengambil peperiksaan seperti yang dijadualkan dan sebuah bilik gerakan khas telah diwujudkan diketuai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Negeri Sembilan Misri Mistama bagi mengkoordinasi penempatan.

“Bagi calon-calon yang menghadapi banjir ketika berada di rumah atau pun dalam perjalanan ke sekolah, kami akan cuba mencari jalan supaya calon tersebut tetap boleh mengambil peperiksaan agar tiada yang tercicir,” katanya selepas melawat calon peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya di sini, hari ini.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul pula menasihatkan calon peperiksaan SPM di seluruh negeri pada tahun ini supaya memaklumkan pihak sekolah jika sakit atau kawasan kediaman dilanda banjir.

Katanya ini bagi membolehkan pihak sekolah mengambil tindakan proaktif menyelesaikan masalah itu sekali gus memastikan pelajar terbabit tidak gagal dalam mengambil kertas peperiksaan berkenaan.

“Calon SPM yang tidak dapat ke pusat peperiksaan disebabkan kawasan rumah dilanda banjir perlu memaklumkan perkara itu bagi membolehkan pihak sekolah menghubungi anggota penyelamat seperti Bomba untuk mengambil dan memastikan pelajar terbabit sampai ke pusat peperiksaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria, di sini hari ini.

Beliau berkata pihak jabatan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir akibat musim hujan sepanjang peperiksaan berlangsung dengan mengaktifkan Op Payung yang akan digerakkan oleh jawatankuasa bencana di setiap daerah.

Selain itu, Maimunah memuji inisiatif SMK Taman Ria menyediakan sarapan pagi kepada 131 pelajarnya yang menduduki SPM mulai hari ini hingga akhir peperiksaan.

“Inisiatif seperti ini patut diberikan penghargaan kerana keprihatinan pihak sekolah menyediakan sarapan pagi terutama untuk pelajar yang tidak sempat bersarapan di rumah,” katanya. – BERNAMA

Kategori