Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tentera Iraq, Kurdis Di...

BAGHDAD - Ribuan tentera Iraq terperangkap dalam ketegangan memuncak dengan pemisah Kurdis di...

Insiden Nahas Maut: Adakah...

SOALAN cepumas ketika ini: Apakah hukuman yang sesuai dengan kesalahan dilakukan pesalah trafik...

Apa Kesudahan Pakatan Rakyat...

SHAH ALAM - Lanskap politik Selangor pasti berubah wajah susulan krisis terbaharu gabungan...

Kerajaan Perlu Halang Pelancong...

KUALA LUMPUR: Pertubuhan mewakili petugas dan pengamal perubatan mahu kerajaan menghalang kemasukan pelancong...

Calon PAS Tidur Dalam Kereta

PORT DICKSON – Berbaki kurang 48 jam tempoh berkempen, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar menjadikan kereta sebagai tempat memejamkan mata dan berehat apabila sempat.

Beliau berbuat demikian bagi meluangkan lebih banyak masa menghadiri program bertemu rakyat untuk meraih sokongan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu ini.

Katanya, jadual kempen yang padat membolehkannya melelapkan mata dalam kereta bagi menghilangkan kepenatan tidur tiga hingga empat jam sehari sejak beberapa hari lalu.

“Dalam saat-saat akhir ini, saya tidur pun dalam kereta. Dalam perjalanan ke tempat ceramah atau program bertemu penduduk, dapatlah saya lelap sekejap.

“Namun itu tidak menjadi masalah kerana apa yang lebih mustahak ialah saya dapat menemui pengundi terutamanya di kawasan tumpuan ramai,” katanya ketika ditemui dalam program bertemu rakyat di Taman Intan Perdana, hari ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara Johor itu dan jentera parti turut menyasarkan kereta dan motosikal bagi diselitkan risalah kempen.

“Sejak hari penamaan calon 29 September lalu, saya bertemu kira-kira 40 peratus pengundi dan selebihnya melalui ceramah kelompok.

“Menjelang tempoh akhir ini, jentera memperbanyakkan edaran risalah kempen di kenderaan kerana cara itu turut berkesan menyampaikan mesej kepada pengundi,” katanya.


PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan persaingan tujuh penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan PAS serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga lagi calon Bebas ialah personaliti media sosial, Stevie Chan Ken Leong; pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen; dan bekas pensyarah universiti swasta, Lau Seck Yan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, untuk membolehkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober sebagai hari pengundian.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). – BH ONLINE

Kategori