Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Jun Hao Muncul Juara...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton remaja negara, Leong Jun Hao muncul juara perseorangan...

Ops Warta Di Sarawak...

KUCHING - Ops Warta bagi mengesan pesalah trafik di negeri ini akan bermula...

Wanita Dakwa Dicabul Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga Malaysia yang bekerja di Singapura mendakwa dirinya...

Zahid Kagum Kerjasama Semua...

KULIM - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan perasaan...

Calon Boleh Tidak Hadir Pada Hari Penamaan – SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan bahawa pencalonan akan menjadi tidak sah sekiranya calon tidak hadir pada hari penamaan calon, sebenarnya adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata di bawah Peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, borang pencalonan boleh dikemukakan oleh calon dan pencadang dan penyokongnya, atau oleh mana-mana dua, atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Berdasarkan peraturan ini amat jelas tiada halangan dari segi undang-undang sekiranya borang penamaan calon tidak dikemukakan sendiri oleh calon tersebut tetapi boleh juga dikemukakan oleh salah seorang, sama ada pencadang atau penyokong beliau,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata di bawah peraturan itu, kertas penamaan calon mesti diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat penamaan antara jam 9 hingga 10 pagi pada hari tersebut.

“Sama ada sah atau tidak borang penamaan tersebut bagi menentukan kelayakan bakal calon masih tertakluk kepada syarat-syarat yang sedia ada bagi kelayakan seseorang calon sepertimana dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan bertulis yang berkaitan Pilihan Raya yang berkuatkuasa buat masa ini,” katanya.

Isu timbul apabila terdapat pihak yang mendakwa pencalonan Datin Mastura Mohd. Yazid bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar tidak sah sekiranya beliau tidak hadir pada hari penamaan calon 5 Jun ini.


PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini, setelah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga Anggota Parlimen kawasan itu, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Untuk rekod, ketidakhadiran calon dalam pilihan raya bukanlah yang kali pertama berlaku di negara ini antaranya M. Manoharan yang pernah bertanding ketika Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Calon DAP itu yang sedang menjalani tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak bukan sahaja boleh bertanding bahkan menang sebagai ADUN Kota Alam Shah, Selangor. - BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori