Calon BN, WARISAN Pengundi Di DUN Bongawan

KIMANIS – Kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, esok adalah pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.

Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang dijadual mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kimanis, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin di SK Our Lady of Fatima, Kelatuan.

Sebanyak 19 pusat mengundi dan 68 saluran mengundi dibuka bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini, berkata seramai 650 petugas dilantik mengendalikan proses pengundian.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan DUN Bongawan dan Membakut dengan 29,619 pengundi bakal mengundi esok

SPR sebelum ini menjangkakan peratusan turun mengundi esok mencapai 70 peratus. – BH Online

Loading...