Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Motosikal Hilang...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar...

Tidak Sorok Kegiatan Dadah...

BATU KURAU - Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak menyembunyikan...

RoS Lulus Permohonan Lanjutkan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan kelulusan permohonan parti UMNO...

Grab Lancar RCoE, Jangka...

PETALING JAYA - Grab hari ini melancarkan Pusat Kecemerlangan Serantau (RCoE) di ruang...

Calon BN Dinilai Rapi Sejak Lima Tahun Lepas

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon BN disenaraikan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 telah dinilai dengan rapi sejak lima tahun lepas.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perkara tersebut bukannya mereka baru dinilai sejak “sebulan dua ini”.

Najib berkata gabungan tersebut telah mengambil kira prestasi calon berkenaan yang telah menjalin hubungan dengan masyarakat setempat dan sokongan yang diterima rakyat.

“Kepelbagaian calon bagi BN bukan hanya ingin memenangi pertempuran kecil tapi lebih daripada itu, iaitu kita ingin memenangi (dengan majoriti) besar. Tiada guna menang pertempuran kecil jika kita kalah pertempuran besar.

“Yang penting, kita mahu tawarkan kepada pengundi calon yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada asas pembinaan negara,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini, hari ini menjelang penamaan calon PRU14 esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon manakala 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU14.

Najib berkata objektif pemilihan calon adalah bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU14 dan mengekalkan momentum parti-parti dalam gabungan itu untuk jangka masa panjang demi rakyat dan negara.

“Kita bagi keutamaan kepada calon setempat meskipun (terdapat) satu dua pengecualian, tetapi secara keseluruhannya, memang calon dalam kalangan pemimpin setempat.

“Kita juga mengira nisbah perwakilan calon mengikut kaum kerana negara kita mempunyai pelbagai kaum.

“Ia juga bagi memastikan kepelbagaian komuniti dapat dilihat di bawah BN yang merupakan parti mewakili kepelbagaian rakyat. Di akhir nanti, pertimbangan politik mengatasi segala-galanya dalam pemilihan calon,” kata Najib yang memakai baju biru BN.

Beliau berkata pemilihan calon-calon BN juga mengambil kira keperluan lain seperti muka-muka baharu dan muda dalam usaha meremajakan parti.


Menurutnya pemilihan calon-calon BN juga memperlihat penyertaan kaum wanita yang menjadi salah satu komitmen berterusan BN sewaktu PRU.

Menyentuh mengenai mereka yang tidak dipilih untuk bertanding pada PRU14, Najib berharap keputusan yang telah dibuat BN diterima dengan hati terbuka dan mereka menyokong calon yang dipilih,

“Saya faham akan ada anggota BN yang tidak berpuas hati kerana tidak terpilih. Terima keputusan dengan hati terbuka, sokong calon yang dipilih, letaklah BN di atas,” kata penyandang kerusi Parlimen Pekan yang akan mempertahankan kerusi itu pada PRU14.

Najib turut mengingatkan pengundi bahawa calon BN berbeza dengan pembangkang yang tiada keinginan untuk berkhidmat di kawasan setempat sehingga ada yang sanggup berpindah ke kawasan lain selepas satu penggal dipilih.

Beliau berkata pengundi perlu merapatkan saf kerana hanya dengan kesatupaduan sahaja yang akan menjamin kemenangan besar.

“Apabila kempen bermula, saya ingin ingatkan pengundi bahawa PRU14 adalah proses memilih kerajaan yang kelak akan mengurus hidup kita (rakyat) dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Buatlah pilihan dan fikirlah sebaik-baiknya. Jangan pula diganggu-gugat dengan kempen-kempen bentuk emosi, rayuan peribadi daripada mereka yang tersasar jauh daripada asas perjuangan asas mereka, hasutan, pembohongan dan fitnah,” katanya. – BERNAMA

Kategori