Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Barang Terus Naik...

HARAPAN rakyat Malaysia khasnya penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) untuk menyaksikan harga barangan...

Bagaimana Mahu Baca Mesej,...

KITA sering menyesal apabila memadam mesej WhatsApp sama ada secara sengaja atau tak...

Trump Tangguh Keputusan Pindah...

WASHINGTON DC - Keputusan amat ditunggu-tunggu, sama ada untuk pindah Kedutaan Amerika Syarikat...

Penganggur Dituduh Bunuh, Liwat...

PETALING JAYA - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan...

Cakap Rumah 8 Bilik Kecil, Netizen Kritik Aliff Riak

RASANYA satu Malaysia sudah maklum, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman telah menjual rumah banglo mewah miliknya di Seksyen 10, Kota Damansara, Selangor kepada rakannya, Nur Sajat yang juga merupakan usahawan kosmetik.

Baca: Banglo Mewah Aliff Syukri Kini Milik Nur Sajat

Memandangkan banglo rekaan ala istananya bernilai RM20 juta itu sedang dalam pembinaan, pengasas D’Herbs ini khabarnya kini menetap di rumah persinggahannya di sebuah kampung.

Perkara itu didedahkan oleh Aliff, 29, menerusi laman Instagramnya, semalam.

Pun begitu, posting Aliff itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang ramai yang mengkritik jutawan terkenal itu sebagai individu yang riak.

Ini gara-gara kenyataan Aliff dalam posting itu yang menyifatkan dia kurang selesa tinggal di rumah persinggahan lapan bilik itu ekoran saiznya yang kecil.

“Rumah sementara saya sementara nak tunggu rumah baru saya siap dibina.

“Di sini sunyi dan sejuk memang kekok sikit duduk sini pada awalnya sebab size rumah ni agak kecil sedikit memang ada 8 bilik tapi bilik kecik-kecil.. 3 bilik untuk simpan baju sahaja situlah bilik maid 4 orang, anak 3 orang.. tukang kebun lagi…. tapi nak buat macam mana kan..dugaan nak tunggu rumah baru siap…,” tulisnya.

Tidak sekadar dilabel riak, netizen turut menyifatkan jutawan itu tidak bersyukur dengan rezeki yang dikecapinya kini.


Menurut netizen, Aliff jauh lebih bertuah kerana memiliki rumah untuk berteduh berbanding dengan sesetengah individu yang hidup mengemis dan tidur tanpa beralas mahupun berbumbung.

Difahamkan, kerana kecewa dengan sikap jutawan itu, ada pengikutnya bertindak ‘unfollow’ laman Instagram Aliff.

Sementara itu, Aliff menerusi posting terbaharunya memohon maaf kepada masyarakat Malaysia berhubung isu tular tersebut.


“Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk sementara waktu sementara menunggu rumah baru saya siap.

“Saya tak sengaja dan niat saya hanya nak share apa yang saya rasa ketika ini kepada rakan media sosial saya dan saya tak sangka ia menjadi issue.. saya mohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini,” antara tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori