Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

India Lancar Peluru Berpandu...

NEW DELHI: India berjaya menguji peluru berpandu balistik yang dilancarkan daripada kapal selam...

Syor Akta Khas Kes...

PUTRAJAYA - Negara memerlukan akta khas berkaitan gangguan seksual yang lebih kukuh bagi...

Pemandu Palestin Rempuh Polis,...

BAITULMUQADDIS – Dua pemandu Palestin merempuh kenderaan mereka ke arah sejumlah pejalan kaki...

Laporan TN50 Akan Dibentang...

KUALA LUMPUR - Laporan rumusan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan diserah dan dibentangkan...

Caj Rawatan Pergigian Pesakit Kelas 3, Pesakit Luar Kekal

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam memberi jaminan bahawa caj rawatan pergigian bagi pesakit kelas tiga dan pesakit luar termasuk di klinik-klinik kesihatan seluruh negara kekal.

Menegaskan dakwaan di media sosial kononnya caj rawatan pergigian untuk pesakit kelas tiga dan pesakit luar telah meningkat adalah tidak benar, beliau berkata orang ramai yang menjalani rawatan pergigian akan terus menikmati caj rendah pada kadar subsidi amat tinggi dibiayai kerajaan.

Pesakit, katanya, hanya perlu membayar RM2 untuk penskaleran dan penggilapan gigi, RM2 bagi caj tampalan gigi dan RM1 untuk mencabut gigi.

“Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi pada kadar yang berpatutan kepada rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Dr. Subramaniam menjelaskan semakan caj pergigian dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 hanya melibatkan pengurangan subsidi bagi pesakit kelas satu dan dua.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan perlu membiayai kadar subsidi yang tinggi ekoran peningkatan kos rawatan dan ubat pada setiap tahun.

“Seperti jumlah caj yang tercatat pada resit bayaran di hospital kerajaan, orang ramai tidak bayar kadar sebenar kerana telah disubsidikan atau perlu bayar bayaran yang sangat rendah dan ramai tidak tahu bahawa kerajaan yang menanggung segala kos itu,” katanya.


Mengulas mengenai kes Rotavirus di Kedah, Dr. Subramaniam berkata tiada penutupan kawasan rekreasi atau riadah ekoran penyakit kes itu namun menasihati orang ramai agar tidak melawat kawasan-kawasan terbabit.

“Kita sedang melakukan siasatan dan akan mengeluarkan keputusan dalam masa terdekat,” katanya.

Kedah mencatatkan 11 kes terbaharu jangkitan virus Rotavirus melibatkan kanak-kanak dan remaja, menjadikan jumlah keseluruhan 18 kes jangkitan direkodkan di hospital di negeri itu. – BERNAMA

Kategori