Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Dahului Senarai 602...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mendahului...

JDT Hanya Mereka Yang...

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya untuk mereka...

Asyraf Wajdi Ketua Pemuda,...

KEPUTUSAN rasmi pemilihan UMNO 2018 mengesahkan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memenangi jawatan...

DAP Terbukti ‘Dalang’ Penyebar...

KUALA LUMPUR - DAP terbukti dalang utama yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu (fake...

Cadangan Tutup MARACorp Khianati Agenda Bumiputera

SHAH ALAM – Cadangan menutup MARACorp perlu dikaji semula kerana dilihat mengkhianati agenda bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, cadangan berkenaan dibuat tanpa mendapat konsultasi pertubuhan berkepentingan terlibat dalam pembangunan sosioekonomi Melayu.

Menurut beliau, MTEM memuji inisiatif dan rancangan untuk memulihkan kedudukan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan memastikan pengurusan yang lebih baik tetapi takrif kejayaan Mara perlu diperhalusi berdasarkan belanjawan kerajaan.

“Mengikut Akta Mara, ia bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menjalankan aktiviti yang akan menyokong pembangunan ekonomi Bumiputera dalam bidang keusahawanan selain meningkatkan sosioekonomi bumiputera.

“Jelas dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, penguasaan bumiputera dalam ekonomi masih terhad di sektor korporat. Data kajian terdahulu juga menunjukkan kejayaan dalam pendidikan tidak cukup untuk memastikan penguasaan ekonomi bumiputera dalam negara.

“Pendekatan berdasarkan untung rugi semata-mata akan mengakibatkan banyak agensi dan inisiatif MARA yang memberi keuntungan menyeluruh kepada orang Melayu akan terpaksa ditutup,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Mara perlu diberi masa dan sokongan untuk menjana pendapatan berdasarkan pelan perniagaan yang disokong kerajaan dan semua pemegang taruh agenda ekonomi bumiputera.


“Mara perlu mendapatkan kepakaran yang diperlukan dan bukan dengan mudah menjual apa yang sudah dibina. Ini boleh dilihat apabila MARACorp berjaya membalikkan kerugian berjumlah RM74 juta dan dijangka kembali menjana keuntungan pada masa depan,” katanya.

Justeru, kata Ahmad Yazid, MTEM berharap Mara dapat melihat semula cadangan atau keputusan berkenaan.

“Takut yang dikejar tak dapat, dikendong keciciran. Tersalah langkah, mungkin akan merencat kemajuan bangsa dan negara.

“Kita juga memohon Menteri Pembangunan Luar Bandar melihat visi MARA hari ini dan membetulkan jika menyimpang daripada yang sepatutnya,” katanya. – Sinar Harian

Kategori