Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Tukar Botol Plastik Dengan...

SURABAYA - INDONESIA . Bandar kedua terbesar di Indonesia telah menghasilkan cara baharu...

Skuad Papan Selaju Mampu...

KUALA LUMPUR - Skuad papan selaju negara dijangka mampu menyumbang pingat pada penampilan...

Pasaran Buruh Makin Baik,...

KUALA LUMPUR - Pasaran buruh terbukti bertambah baik pada Julai 2020 manakala kadar...

Mangsa Banjir Cecah 49,369...

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di lapan daerah di Pahang terus meningkat kepada...

Cadangan REIT KKM Perlu Kajian Teliti

KUALA LUMPUR – Cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengapungkan aset bangunan hospital Kerajaan melalui kaedah Pelaburan Amanah Hartanah (Real Estate Investment Trust, REIT) patuh syariah bagi peroleh dana tambahan sebanyak RM3 bilion untuk tahun 2019 perlukan kajian teliti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad agar tidak tergesa-gesa meneruskan inisiatif REIT yang didakwa akan membebankan pesakit.

Menurut Dr. Asyraf Wajdi, berdasarkan amalan biasa, pelabur-pelabur akan membeli unit-unit amanah REIT dan jumlah dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membiayai pembelian dan pengambil-alihan bangunan-bangunan yang merupakan aset hartanah yang dijadikan unit amanah saham

REIT kemudiannya mengenakan caj sewa bangunan berkenaan kepada penyewa dan bayaran sewa yang dikutip akan diagihkan kepada pelabur-pelabur atau pemegang amanah saham REIT dalam bentuk dividen.

“Di dalam kes ini, KKM akan menjual aset-aset terdiri daripada bangunan hospital kerajaan kepada REIT dan memperoleh dana ‘lump sump’ sebanyak RM3 bilion. KKM kemudiannya menyewa kembali aset bangunan hospital dari REIT untuk operasi hospital kerajaan dan membuat bayaran sewa kepada REIT sepanjang aset bangunan tersebut diapungkan.

“Ini bermakna kerajaan melalui kementerian harus menyerap beban pembayaran sewa kepada REIT sebagai kos operasi atau memindahkan kos ini kepada pengguna hospital kerajaan iaitu rakyat selaku pengguna perkhidmatan,” kata Dr. Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan.


Dr. Asyraf Wajdi mengulas laporan media bahawa Dr. Dzulkefly telah membentangkan cadangan kepada kerajaan untuk membentuk REIT bagi membolehkan KKM memperolehi dana tambahan RM3 bilion tanpa bergantung kepada bajet tahunan kerajaan.

Dr. Asyraf Wadji turut menawarkan diri untuk turut sama membantu memperhalusi secara mendalam rancangan REIT tanpa sebarang imbuhan dan bayaran.

Menurut beliau, tawaran itu dibuat bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan apa jua model REIT yang hendak diperkenalkan tidak akan sesekali menambah beban kepada rakyat yang mengharapkan perkhidmatan kesihatan kerajaan yang terbaik dan pada kos yang paling minima.- UTUSAN ONLINE

Kategori