Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perhebat Salur Maklumat...

TUMPAT- Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta pertubuhan sukarela dan agensi...

Johor Wujud Pelan Induk...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor bagi...

Bayi Nadiya Nisaa Meninggal...

TAKZIAH diucapkan buat pelakon Nadiya Nisaa yang dilaporkan telah kehilangan cahaya mata dalam...

Malaysia Tak Terjejas Larangan...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak terjejas larangan perjalanan oleh Presiden Donald Trump,...

Cadangan KM Sarawak Hanya Penipuan Politik

KUCHING – Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengambarkan cadangan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mana hanya parti yang 100 peratus berasaskan Sarawak untuk bergerak di negeri ini, hanyalah satu “penipuan politik semata-mata”.

Chong, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyeru semua rakyat Sarawak yang dapat melihat kebenaran sebenar untuk tidak terpengaruh dengan penipuan itu, kerana mendakwa Abang Johari cuba bermain dengan sentiment kenegerian.

Kesemua taktik sedemikian hanya bemotifkan untuk mengalihkan fokus orang ramai daripada isu salah tadbir urus, kronisme dan rasuah yang melanda negeri, katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata selama ini kerajaan Sarawak ditadbir parti yang 100 peratus berasaskan Sarawak dan mendakwa bahawa negeri itu kini telah menjadi salah sebuah negeri yang paling mundur di Malaysia.

Katanya​​​ satu-satunya cara untuk Sarawak maju dan makmur ialah dengan memiliki kerajaan yang bersih, telus dan adil. – BERNAMA​

Kategori