Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Harga RON97, RON95, Diesel...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 8 sen kepada RM1.60...

Mara Nafi Kurang Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini menafikan dakwaan kononnya berlaku...

Tiga Anggota Polis Didakwa...

ALOR SETAR - Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari...

Kalau Jadi Macam Ni,...

KALAU benda ni jadi kat anda apa reaksi pertama... nak marah ke nak...

Cadang ‘Safe Sex’ Remaja, Syed Saddiq Dihentam

SIAPA tidak kenal dengan pemilik nama sebenar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang pernah merupakan pendebat terbaik universiti dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) ini?

Terdahulu, negara ‘kecoh’ dengan sidang media penuh ‘tangisan’ yang dibuat sendiri oleh Ketua Armada PPBM itu berhubung penolakan tawaran kemasukan ke University of Oxford.

Terkini, dia sekali lagi dilihat cuba meraih perhatian ramai apabila pendapat diutarakannya mengenai isu pembuangan bayi dalam masyarakat teruk dikritik netizen.

Menerusi laman Twitter milik Syed Saddiq, dia telah memuat naik satu ‘thread’ yang jelas menunjukkan dirinya bagaikan sudah tiada pegangan agama dan jahil tentang hukum halal haram.

Dalam post tersebut, dia mencadangkan agar remaja diajar mengenai seks selamat sebagai jalan penyelesaian kepada gejala sosial itu sekali gus dapat mengurangkan peningkatan kes HIV di Malaysia.

“Kita boleh manfaatkan kedua-dua cara. Tak perlu nak halalkan zina, tetapi mengajar semua pihak tentang implikasi seks sebelum kahwin dan seks tidak selamat. Ianya perlu menyeluruh.

“Di Dewan Rakyat baru-baru ini, dibongkarkan bahawa majoriti kes pembuangan bayi datang dari keluarga Melayu.

“Kebanyakan anak muda tidak pernah dididik (prevention) atau pun faham aka support structures yang wujud untuk bantu mereka jika wujud kesilapan seperti ini,” tulisnya menerusi thread berkenaan.

Kenyataan secara terbuka Syed Saddiq yang tidak berasas itu dilihat telah menarik perhatian seorang pelajar perubatan yang menyelar cadangan berbaur agak liberal berkenaan.

Pelajar lelaki dikenali sebagai Azpa memberitahu gejala pembuangan bayi dalam kalangan Melayu tinggi berikutan jumlah penerima rawatan di hospital kerajaan juga tinggi, dan diikuti oleh kaum-kaum lain.

“Ini juga termasuk, anak di luar pernikahan, atau kes pengguguran. Apabila perkara ini berlaku, tidak bermaksud ia tidak berlaku dalam kalangan bukan Melayu, ada dua perkara yang anda perlu tahu,” katanya.

Dua perkara yang dimaksudkan oleh Azpa adalah golongan bukan Melayu lebih memilih perkhidmatan swasta bagi menyelesaikan masalah berkenaan, maka rekod pengguguran itu sukar dikesan oleh Kementerian Kesihatan sendiri.

Mayat Bayi Perempuan Dalam Beg Ditemui

Tetapi ia sama sekali berbeza dengan senario masyarakat Melayu kerana golongan ini jarang dilihat melakukan pengguguran ekoran kuat faktor ajaran Islam yang melarang keras daripada perkara tersebut.

“Kesannya, Dewan Rakyat pun cakaplah semua Melayu banyak anak luar nikah,” tulisnya.

Jelasnya lagi, didikan ‘seks selamat’ yang dicadangkan Syed Saddiq itu sama sekali tidak akan bantu menghalang daripada penularan Sexually Transmitted Diseases (STD) mahupun membendung kandungan di luar nikah.

“Kita bukan seperti US (Amerika Syarikat) di mana mereka tidak kisah akan keturunan dan moral anak mereka. Sex bebas, selamat atau tidak selamat.

“Jika mereka gugur kandungan atau hidap STD, mereka tidak kisah asalkan mereka mempunyai wang untuk dirawat di hospital. Acuan kita berdepan masalah ini berbeza di Malaysia,” jelasnya.


Hasil tinjauan daripada beberapa sumber, Mynewshub difahamkan STD adalah penyakit yang berjangkit kerana hubungan kelamin seperti Gonorrhoea, Syphilis, Herpes type 1, type 11, HIV dan sebagainya.

Sementara itu, ada juga ilmuwan Islam pula berpendapat bahawa cadangan pelik oleh Syed Saddiq itu diibaratkan seperti ‘menghalalkan apa yang Allah haramkan’.

Ahli Majlis Ulama Isma, Ustaz Bilal Jailani menjelaskan konsep menghalalkan sesuatu yang haram sememangnya wujud dalam Islam tetapi hanya diaplikasikan dalam keadaan darurat sahaja.

Ahli Majlis Ulama Isma (Muis), Ustaz Bilal Jailani.

Tambahnya lagi, beliau sama sekali tidak setuju dengan idea ‘Safe Sex’ yang dilontarkan oleh Syed Saddiq itu.

“Saya tak setuju dengan idea Safe Sex Syed Saddiq yang secara halus diselitkan di celah celah perkongsian Twitternya berkenaan pendidikan kejantinaan.

“Syed Saddiq menyeru kepada Safe Sex yang tidak membawa kepada pregnancy, kerana bagi Syed Saddiq, penzinaan anak muda tak dapat lagi dibendung.

“Seruan ini sudah termasuk dalam konsep ‘menghalalkan apa yang Allah haramkan’. Kaedah “darurat menghalal suatu keharaman” hanya boleh diaplikasi apabila kita telah cuba segala cara halal.

“Juga cuba segala usaha patuh syariah, tetapi masih gagal menemui jalan keluar kepada kehancuran, kecelakaan dan kemusnahan Maqasid Lima.

“Maka soalan yang timbul; adakah Tuhan membenarkan kita menghalal zina atas dasar darurat, sedangkan kita mewujudkan persekitaran yang penuh dengan rancangan seks seperti iklan coli dan lingerie, laman-laman lucah, rancangan TV gusti perempuan, acara sukan renang dan gimnastik?” katanya dipetik Portal Islam & Melayu.

Menurutnya lagi, Islam sendiri sudah mengajar pendidikan seks yang jelas melalui beberapa konsep seperti konsep mahram, batal wuduk dan tundukkan pandangan.

“Nama ‘pendidikan seks’ boleh mengundang salah faham. Justeru saya cadang ia ditukar kepada Pendidikan Kejantinaan.

“Bukankah sex yang dimaksudkan adalah jantina? Rujuklah semula kamus-kamus kita,” ujar ustaz berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori