Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Yakob Angkat Sumpah...

KOTA BHARU - Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah...

Penumpang Panik, Enjin Pesawat...

PEPATAH Inggeris ada menyatakan 'when it rains it pours' yang membawa maksud, musibah kadangkala...

Letupan Di Pub Bukan...

SERDANG - Pihak polis mengesahkan bahawa insiden letupan di sebuah pub di IOI...

Pemandu Baik Hati Bantu...

BEIJING - Seorang pemandu yang baik hati mencuit hati pengguna Internet apabila dirakam...

Cabaran Sebenar Di Suku Akhir Piala Suhandinata

KUALA LUMPUR – Pasukan negara bakal berdepan laluan sukar di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2018 apabila dijangka bertemu China ​​​​​​​pada saingan itu yang akan berlangsung di Markham Pan Am Centre, Kanada dari 5 hingga 18 Nov ini.

Malaysia selaku pilihan keenam ​​​​dijangka ​​​tidak berdepan​​​​​​​ masalah​ muncul​​​​​​​ juara Kumpulan B kejohanan yang lebih dikenali sebagai Piala Suhandinata itu setelah diundi bersama-sama Ukraine, Poland, Sweden dan Kanada.

Namun cabaran sebenar bakal teruji di suku akhir apabila dijangka bertemu China.

China selaku pilihan utama diundi dalam Kumpulan A1 bersama-sama Australia dan Jerman manakala A2 terdiri daripada Belanda, New Zealand dan Hong Kong.

Pada majlis undian kejohanan itu yang berlangsung di Ibu Pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Menara Naza, Platinum Park Persiaran KLCC di sini hari ini, juara Kumpulan A1 akan menentang juara Kumpulan A2 untuk penentuan ke suku akhir.

Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Kwan Yoke Meng mengakui hasrat Malaysia untuk mengulangi kejayaan tahun lalu dengan mara ke final lebih sukar, namun mahu anak​​​​​​​ buahnya​​​​​​​ fokus​​​​​​​pada setiap peringkat perlawanan pada kejohanan tersebut.

“Acara berpasukan berbeza dengan acara individu, saya mahu kesemua pemain menggalas cabaran dengan baik dan mereka perlu fokus pada setiap peringkat perlawanan. Pada saingan peringkat kumpulan, saya akui pasukan negara adalah pasukan pilihan.


“Tetapi kita tidak boleh pandang rendah keupayaan pasukan lain kerana banyak pasukan sedang meningkat naik…sukar dijangka. Namun saya optimis kita mampu muncul juara kumpulan dan mara ke suku akhir, tidak masalah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yoke Meng berkata pasukan negara mempunyai pemain perseorangan wanita dan beregu wanita serta beregu campuran yang kompetitif, sekali gus dapat membantu menyumbangkan mata.

“Saya tidak boleh letak harapan tinggi kepada pemain perseorangan lelaki dan beregu lelaki kerana corak permainan mereka belum matang, tetapi saya mahu mereka bersungguh-sungguh untuk menang dan membantu pasukan,” katanya.

Sebanyak 41 pasukan akan menyertai kejohanan itu dan antara pasukan pilihan tersenarai selain China adalah Indonesia, Korea Selatan dan Jepun. Malaysia pernah muncul juara pada edisi 2011 dan dua kali naib juara pada 2015 dan 2017.

Acara individu Kejohanan Remaja Dunia 2018 akan berlangsung selepas tamat saingan Kejohanan Berpasukan Campuran (Piala Suhandinata 2018). – BERNAMA

Kategori