BWF Tunda Piala Thomas, Uber

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan untuk menangguhkan kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020 selepas mengeluarkan satu kenyataan hari ini. 

Menurut BWF, persetujuan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dan persetujuan dengan tuan rumah, Denmark. 

”BWF dan Denmark membuat keputusan yang sangat berat untuk menangguhkan Piala Thomas dan Uber 2020 di Aarhus Denmark,” kata BWF.

Ujar BWF, keputusan itu dibuat selepas penarikan diri beberapa negara sebelum ini. 

”BWF sedang mengenal pasti tarikh alternatif bagi penjadualan semula kejohanan berpasukan lelaki dan wanita dunia ini tetapi tidak lebih daripada 2021,” katanya. 

Piala Thomas dan Uber 2020 sepatutnya berlangsung dari 3 hingga 11 Oktober ini namun beberapa negara mengambil keputusan menarik diri termasuk Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan Australia. – myMetro Online

Loading...