Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fidel Castro Meninggal Dunia...

HAVANA - Fidel Castro, mantan presiden dan pemimpin revolusi komunis Cuba, meninggal dunia...

Pemergian Bellew Tidak Jejas...

KUALA LUMPUR – Keputusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew...

Terperangkap Bawah Bas Di...

SINGAPURA – Keadaan menjadi panik apabila seorang lelaki berusia 58 tahun yang terperangkap...

Lelaki Makan Serangga Untuk...

BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang kini menetap di Thailand...

Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah

DEK kerana sikap tamak manusia, seekor burung merpati menjadi mangsa apabila ‘ditahan’ kerana cuba menyeludup dadah di Kuwait, baru-baru ini.

Al Arabiya melaporkan, pegawai kastam Kuwait telah berjaya merampas 178 pil dadah yang cuba dibawa oleh burung merpati itu dalam sebuah beg kecil.

Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah

Pegawai di jabatan itu telah berjaya menjejak burung merpati yang datang dari Iraq dan menangkapnya di sebuah bangunan berdekatan dengan kastam.

Sumber berkata, inspektor di sempadan mula mengesan merpati itu bertenggek di atas sebuah kenderaan berat.

Ketika ditemui, ia kelihatan sukar bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

Apabila didekati, pegawai mendapati terdapat satu beg diikat yang dipenuhi dengan pil dipercayai dadah pada badan burung terbabit menggunakan tali.


Burung itu kemudiannya dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengenal pasti pemilik.

Merpati jenis Homing itu pada dulunya memang terkenal sebagai penghantar mesej dan boleh bergerak sejauh 160 kilometer. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori