Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tempoh 2 Tahun Pastikan...

CAMERON HIGHLANDS – Langkah meletakkan tempoh dua tahun lantikan jawatan Menteri Besar Pahang...

Anggota Tentera Terharu Usung...

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meminta dari majikannya ditugaskan sebagai pengangkat...

Suri Rumah Bersalin Di...

SUNGAI PETANI - Rancangan seorang suri rumah untuk menikmati hidangan nasi lemak di...

Jangan Salahkan Negara Jiran...

KOTA BHARU - Jangan salahkan negara jiran sebagai punca peningkatan jangkitan HIV dalam...

Burung Jatuh Dari Langit Kerana Dehidrasi Dan Kepenatan

NEW DELHI – Beribu-ribu ekor burung di India dilaporkan terjatuh dari langit ketika terbang akibat keletihan dan dehidrasi disebabkan gelombang haba dahsyat yang melanda negara itu ketika ini, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pasukan penyelamat haiwan di Ahmedabad, bandar terbesar di negeri Gujarat, barat India, berkata, mereka merawat berpuluh-puluh burung setiap hari kerana suhu melepasi 40 darjah Celsius .

Burung-burung itu terdiri daripada burung helang hingga merpati dengan haiwan lain seperti kucing turut terjejas.

Pakar-pakar menyatakan bahawa gelombang haba telah mengeringkan sumber air di bandar itu dan merosakkan kitaran normal hidupan liarnya.

Veterinar di sebuah hospital haiwan, Jivdaya Charitable Trust bekerja tanpa henti untuk membantu haiwan yang semakin lemah akibat cuaca terik.


“Tahun ini merupakan antara yang terburuk sejak kebelakangan ini.

“Kami telah melihat peningkatan 10 peratus dalam bilangan burung yang perlu diselamatkan,” kata anggota penyelamat, Manoj Bhavsar.

Dalam satu sesi pada Rabu lalu, doktor haiwan dirakam menyuntik air ke dalam mulut burung dengan picagari dan memberi haiwan-haiwan itu tablet multivitamin.

Suhu di Ahmedabad dijangka mencecah 42, 43 dan 44 darjah Celsius dalam beberapa hari akan datang.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori