Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRN Sabah: BN Umum...

KINABATANGAN - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan manifesto dan akujanji bagi Pilihan Raya Negeri...

Mindef Sedia Beri Komitmen...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menyatakan kesediaan untuk memberi sepenuh komitmen terhadap usaha...

3,545 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 3,545 kes penularan Covid-19 dalam...

Mila Jirin Terima Hadiah...

KUALA LUMPUR - Jutawan bisnes katering, Mila Jirin, 31, dikejutkan dengan hadiah istimewa...

Buruh Ladang Kelapa Sawit Ditahan Miliki 80 Kg Daun Ketum

PARIT – Seorang buruh ladang kelapa sawit ditahan polis kerana memiliki 80 kilogram daun ketum di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata​​​​​​ pihak polis melakukan rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 5.00 pagi dan menahan suspek yang memandu kereta jenis Proton Perdana selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan. ​​​​

“Pemeriksaan di tempat barang belakang kereta suspek, menjumpai empat bungkus plastik hitam berisi daun hijau disyaki ketum seberat 80 kilogram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek mendapatkan bekalan daun ketum dari Kampung Gajah dan mahu menghantarnya ke Pahang untuk dijual.

Katanya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala hasil ujian air kencing negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – BERNAMA


Kategori