Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Air Pasang Besar: 3...

IPOH - Tiga kawasan di sekitar Bagan Datoh dinaiki air awal pagi tadi...

Tutup Maahad Tahfiz Bantut...

GEORGE TOWN - PAS Pulau Pinang menyifatkan kenyataan seorang exco kerajaan DAP Pulau...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing...

Skuad Pelayaran Raih Emas,...

INCHEON - Skuad pelayaran mengembalikan keceriaan kontinjen negara pada Temasya Sukan Asia Ke-17...

Buruh Ditampar Polis Hingga Pekak Dapat RM120,400

KOTA BHARU – Derita seorang buruh, Mohd Faizu Ramli, 32, yang pekak telinga kiri kerana ditampar anggota polis empat tahun lepas terbayar setelah mahkamah mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi RM120,400.

Ia merangkumi tuntutan ganti rugi am atas kecederaan di bahagian telinga kiri yang dialami akibat ditampar defendan pertama Lans Koperal Mohd Erman Ahmad, ganti rugi teladan RM120,000, ganti rugi khas RM400 dan faedah atas jumlah penghakiman sebanyak lapan peratus setahun.

Hakim Mohd Rosly Muhammad Nawi mengeluarkan perintah itu di Mahkamah Sesyen 3, Kota Bharu.

Mohd Haizu menyaman Mohd Erman sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Tumpat sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia defendan ketiga pada 14 Mei 2018 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Pihak kerajaan diwakili oleh Peguam Persekutuan Nik Nor Adila Zaidan manakala Mohd Haizu oleh peguam Shaharuddin Mohamad.

Dalam kejadian 17 April 2015, Mohd Faizu yang mendengar bunyi riuh di atas rumah bapanya, bertemu dengan Lans Koperal Mohd Erman Ahmad (plaintif pertama) untuk bertanya tujuan serbuan pihak polis tetapi kemudian dituduh cuba mengganggu tugas anggota polis dan ditampar di telinga kiri.

Tamparan kuat itu menyebabkan telinga kiri Mohd Faizu cedera dan berdarah sehingga mengalami masalah pendengaran.


Sementara itu Mohd Faizu yang ditemui menyatakan rasa bersyukur kerana penderitaannya selama ini mendapat pembelaan yang terbaik.

Beliau yang masih kurang pendengaran berkata akan menggunakan wang pampasan itu sebaik mungkin untuk masa depan keluarga.

“Walaupun dah empat tahun, telinga saya masih berdengung dan perlu menjalani rawatan dari masa ke semasa,” katanya.

Kategori